” Comel je Wira, sambal sambal. Teringat video yang kicap tu.. ” – Netizen
Video Ardy Wira Membantu Ibunya, Betty Rahmad Memasak Ketam Masak Lemak Cili Padi Buat Ramai Terhibur. Part Wira Sebut Perkataan Sambal Buat Betty Tergelak. Alahai Comel Sangat Wira !!
Umum mengetahui Betty Rahmad adalah pelakon yang juga merupakan adik kepada pengarah terkenal Erma Fatimah dan pelakon Datin Seri Umie Aida. Betty yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Ardy Wira sering meraih perhatian ramai peminat dengan gelagat anak kecilnya itu.
Wira yang sudahpun berusia setahun lebih ini antara si cilik yang popular di kalangan peminat seni tanahair. Telatah Wira yang suka tersenyum dan ceria mencur1 tumpuan dan membuatkan ramai peminat suka mengikuti perkembangan semasa Wira.
Seperti anak selebriti lain, Betty turut membuka satu akaun Instagram buat Wira. Wira yang lincah dan suka membantu Betty terutamanya ketika di dapur. Sudah beberapa kali dikongsikan gelagat Wira ‘memasak’ di dapur bersama Betty yang begitu mencuit hati.
Meninjau akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang mempamerkan Betty menunjukkan cara memasak masak lemak cili api resepinya yang paling simple dan mudah untuk diikuti. Wira yang turut kelihatan mahu membantu ibunya membuatkan ramai terhibur terutama sekali ketika menyebut perkataan sambal dengan sebutan pelatnya.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Wira yang ikut sama membuat tutorial memasak bersama Betty ini menarik perhatian peminat. Alahai mulut tu banyak cakap betul sampai kena gelak dengan mommy. Antara komen-komen mereka :
” Pandainya diaa.. Sambai sambai, terhibur tengok dua beranak ni.. “
” Alahai wira.. comel jer bila dia sebut sambal.. So bijak.. for his age. MasyaAllah.. sambal.. “
” Hahahahaha mama nyer nak4l… hahahaha.. tercengang wira.. “
” Jelas sebut sambal klakar jew 2 branak nie… wira luv you.. “
” Suka tengok mommy gelakkan si Wira tu. Ger4mnya dengan mulut kecil si Wira.. “
” Ya Allah kelakar g1ler episod ni.. sambal sambal.. pastu nak terbersin sbb pijar cili then nak minum air ketam.. wira wira, u really make my day.. “
” Pandainya dia sebut syamballll syamballll. Mummy sakan gelakkan Wira.. “
” Comel je wira, sambal sambal. teringat video yang kicap tu.. “
Alahai Wira pandai sangat mulutnya tu. Macam mana Wira tak suka senyum, tengok sahaja gelagat Betty yang suka ketawa itu, terbukti Wira mewarisinya daripada mommynya ini. Apa pun, sebutan sambal Wira tu memang mencuit hati. Semoga Wira akan menjadi anak yang bijak pandai, sentiasa ceria dan menggembirakan hati kedua ibu bapa. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..