” Cantiknya doktor, berseri-seri ibu mengandung.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Baby Shower Anak Dato’ Ziela Jalil, Dr. Puteri Julia Nabila Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Nak Masuk Anak Kedua, Berseri Sungguh Ibu Mengandung Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram anak kepada Dato’ Ziela Jalil iaitu Dr. Puteri Julia Nabila, beberapa keping gambar sekitar majlis doa selamat dan baby shower yang berlangsung semalam telah dikongsikan.

Dr. Julia bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi dan majlis ini hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat mereka sahaja. Dr. Julia juga dilihat sangat cantik dan berseri-seri mengayakan jubah berwarna ungu lembut.

Dr. Julia mempunyai seorang anak perempuan bernama Tun Alayna Zeeya yang kini sudah berusia 2 tahun. Dato’ Ziela juga tidak ket1nggalan berkongsi video dan dekorasi indah majlis tersebut di akaun Instagramnya.

Segalanya nampak cantik termasuk juga kek yang disediakan. Pastinya sebagai seorang nenek, Dato’ Ziela juga amat teruja menanti kelahiran cucu keduanya ini yang belum lagi diberitahu jantinanya kepada umum.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian di akaun Instagram Dato’ Ziela :

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Ramai mendoakan agar dipermudahkan segala urusan buat Dr. Julia untuk bersalin nanti. Antara komen-komen yang diberikan ;

” Semoga dipermudahkan urusan juliamjunid.. aaminn.. Alhamdulilah.. Cantiknya doctor.. Bersei seri ibu mengandung.. “

” Happy New Year babe Semoga dipermudahkan urusan semuanya.. Cutenyaaa doc preg sec baby. Makin manissss.. “

”  U are so pretty u know c0py paste your mommy sangat semoga kamu dipermudahkan urusan sehingga bersalin nanti.. “

” Selamat Tahun Baru 2022 juliamjunid semoga diberikan kebahagiaan.. Berserinyaa doktor.. Suka tengok cara Dr. pakai tudung.. “

” Happy new year and semoga dipermudahkan all the process.. tahniah.. girl so pretty..  u are so cute doctor.. “

” Happy New Year yaya & semoga di permudahkan semuanya sehingga bersalin nanti. Insyallah .. Sweetnya doctor.. “

” Smga dipermudahkn sgala urusan Dr.. cntik.. Congratulations. Happy New Year.. Mybe its a boy.. mummies ready to pop soon.. “

Nampak begitu meriah sekali majlis yang diadakan. Kami di Oh Kopak turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan buat Dr. Puteri Julia Nabila untuk menimang cahaya mata kedua ini. Semoga semuanya selamat dan sihat hendaknya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr. Julia, Ziela Jalil

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..