” Cantik teramat, sama cantik macam kakak dia.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Elisya Sandha Dan Pasangannya, Uzair Haqimy. Cantik Berseri Sungguh Elisya, Tahniah Diucapkan !!
Umum mengetahui bahawa pelakon Elisya Sandha yang juga merupakan adik kepada Fasha Sandha sudah mengikat tali pertunangannya dengan Uzair Haqimy. Uzair merupakan anak kepada selebriti Sheila Rusly.
Hari ini merupakan hari bahagia buat Elisya dan Uzair di mana mereka memilih untuk melangsungkan pernikahan. Meninjau ke akaun Instagram Fasha, satu p0sting terbaru Fasha telah meraih perhatian netizen.
Fasha memuatnaik video yang memaparkan Elisya yang manis memakai busana berwarna putih sempena hari pernikahannya. Elisya merupakan adik bongsu dan selaku kakak pastinya ini merupakan satu momen indah kerana melihat Elisya bahagia.
Selain itu, terdapat juga beberapa video sekitar majlis pernikahan Elisya yang dikongsikan di instastory Fasha dan ia turut dikongsikan di akaun Instagram InaiJari. Cantik sangat Elisya yang menggunakan khidmat solekan Dato’ Alha Alfa.
Jom tonton video di bawah :
Lagi perkongsian video di akaun Instagram InaiJari :
Ramai memuji penampilan Elisya yang nampak cantik berseri di hari bahagianya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Cantiknyaaa.. Mashaallah .. tak penah tak lawa kalau dato alha mekap.. suka sgt2.. “
” Alhamdulillah, tahniah.. Ooo nikah hari ni ke.. Wow… cantik betul make up ni… flawless.. lain sangat muka elisya.. “
” Masyaallah cantik teramat, tahniah elysha selmat pengantin bru.. hasil sentuhan makeup Dato AA tak pnh mgecew4kn.. g0rgeous sgt.. “
” Dah nak kahwin jugak ke? Cantikk nye… selamat pengantin baru.. Alhamdulillah.. semoga di permudahkan segala urusan.. “
” Ya Allah lawanyaa congrats.. Sama cantik mcm kak dia fashasandha Tahniah.. . cantik nya sentuhan solekan dari Dato’, cantik Elishasadha.. “
” Alhamdulillah tahniah elisya.. suke tgok lakonan elisya.. elisyasandhaofficial mcm kakak dia jgak.. selamat pengantin baru.. “
” Tahniah .. Selamat Pengantin Baru Elisyasanda..Subhanallah… mmg awk sgt cantik.. mahal look elisya ni.. “
Kami di Oh Kopak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Elisya Sandha dan pasangannya, Uzair Haqimy. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah dan bahagia selamanya. Tahniah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha, Alha Alfa, Inai Jari, Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..