” Cantiknya dia, muka mummy betul.. ” – Netizen

Ummi Nazeera Kongsi Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Sulungnya, Ayra Aneesah Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Dia !!

Sedia umum tahu bahawa pelakon Ummi Nazeera telah melahirkan cahaya mata keduanya pada bulan Jun baru-baru ini. Ummi selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta dan berita gembira itu turut dikongsikan Ummi dan suaminya di Instagram.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ummi, dia telah berkongsi gambar serta ucapan sempena hari lahir anak pertamanya, Ayra Aneesah. Untuk pengetahuan, hari ini adalah hari lahir Ayra yang ke- 3 tahun.

Tulis Ummi, dia mendoakan yang terbaik buat puteri sulungnya itu. Kongsi Ummi lagi, dia menyifatkan bahawa Ayra adalah seorang anak yang baik. Menerusi gambar yang dikongsikan Ummi, turut kelihatan Ayra bersama kek hari lahirnya yang bertemakan kartun ‘baby shark’ .

Hingga kini gambar Ayra tersebut telah mendapat lebih 9 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Malah ramai yang menyatakan wajah Ayra saling tidak tump4h seperti wajah ibunya, lebih-lebih lagi bahagian matanya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata ucapan selamat hari lahir dan memuji kecomelan Ayra dalam gambar tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantiknya dia, muka mummy betul. Selamat hari lahir Ayra yang ke- 3 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah buat mummy dan daddy.. “

” Happy birthday Ayra. Semoga membesar dgn sihat, kuat dan menjadi anak solehah yg bijak pandai, Aamiin.. “

” Happy birthday Ayra ,semoga Allah swt memberi kesihatan yg baik sihat sentiasa dan menjadi ank yg solehah.. “

” Sebijik muka Ummi lah. Kejap je masa kan, dah umur 3 tahun dah Ayra. Semoga Ayra jadi kakak dan anak yang baik.. “

” Sanah helwah Ayra, didoakan semoga Ayra menjadi anak solehah, penyejuk hati mummy dan daddy.. “

” Happy birthday Ayra, membesar jd anak bijak ok. Ohhh rupanya dia peminat baby shark yer, comel kek tu.. “

” Cantiknya Ayra dan kek. Selamat hari lahir sayang, semoga menjadi anak solehah ya sayang, amin2.. “

Wahh dah tiga tahun umur anak Ummi, pantas betul masa berlalu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir buat Ayra, semoga membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah dan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IGĀ  Ummi Nazeera

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..