“ Bismillah takde, ko cheer je eh. Bismillah dulu.. ” – Jep Sepahtu
Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Jep Sepahtu Bersama Isteri Dan Anak-Anak. Part Jep Menyak4t Barr Dan Baasit Tu Memang Kelakar. Terbaik Sungguh Abah Jep !!
Bergelar pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu bukan calang-calang orangnya. Anak muda kelahiran Kulai Johor ini yang kini bertugas di stesen radio Sinar FM mempunyai jutaan peminat yang mana sehingga kini sudah mencapai angka 3.9 juta.
Hari ini, tanggal 9 April merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 35 dan beliau menerima ribuan ucapan selamat ulangtahun di akaun sosialnya itu. Jep yang menikahi Sari Yanti pada 25 Februari 2017 yang lalu sudahpun dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Dariya Inara.
Menjalani kehidupan berkeluarga, Jep turut sama menjaga 2 orang anak dari perkahwinan Sari Yanti yang terdahulu bernama Barr dan Baasit. Semalam telah dikongsikan oleh Sari Yanti gelagat anak-anaknya ini berusaha membuat kek buat Abah Jep kesayangan mereka itu.
Jelas kelihatan betapa semangatnya Barr dan Baasit membantu Sari dan akhirnya terhasil sebijik kek yang sangat cantik kejadiannya. Kek penuh kasih sayang gitu.
Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti telah berkongsikan video sambutan ulangtahun kelahiran Jep yang disambut secara simple namun cukup meriah dengan gelagat anak-anak mereka. Penuh gelak tawa, kebahagiaan dan kegembiraan Jep jelas kelihatan. Siap menyakat anak lagi Jep. Mendidik dalam jenaka. Ketua keluarga yang bagus Jep ni !
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Jep dan anak-anaknya ini. Antara komen-komen netizen :
” Ohh bismillah takde, ko cheers ye.. Hahah yang ni lawak .. Rindu lawak Jep dalam sepahtu reunion.. “
“ Bismillah takde, ko cheer je eh.. Bismillah dulu.. ”
” Kau bismillah takde kau cheers ehhh hahahha… Steadyy Jep.. “
” Bagus Jep ayah yang baik.. “
” T0ilet paper haha… Great laughter haha… Happy family…. happy birthday Jep.. “
” Bismillah takde, ko cheers dulu ye?. Hahahaha lawak selamber tapi betul le tu.. “
Dalam lawak ada nasihat Jep ni. Didikan yang baik segalanya bermula dari rumah, itu kaedahnya. Boleh jadi contoh ayah mithali sungguh si Jep ni. Walaupun sederhana namun cukup bermakna bersama keluarga tersayang. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Jep sekeluarga sentiasa berbahagia selamanya. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yanti, IG Jep Sepahtu by Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..