” Biarpun hanya sebiji kek, ia amat bermakna bagi saya.. ” – Dato Aliff Syukri
Video Dato’ Aliff Syukri Dan Datin Nur Shahida Terima Kej0tan Di Pejabat Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Mereka. Ucapan Dato’ Aliff Kepada Isterinya Buat Netizen Tersentuh !!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia yang tahu, bermula dari bawah sebagai peniaga di pasar tani yang menjual produk kecantikan dan kini siapa sangka Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida antara usahawan yang berjaya dan mereka juga tersenarai jutawan di Malaysia yang dikenali ramai.
Berdiri dengan usaha sendiri dan berkat kesabaran telah membuahkan hasil perniagaan perkembang maju. Meskipun sudah ramai yang tahu, bahawa Dato’ Alif merupakan anak kepada pengasas produk Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim, Dato’ Aliff berjaya dengan hasil usahanya sendiri.
Untuk rekod, Dato’ Alif telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Shahida pada tahun 2007. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusuf Al-Qardawy dan Raudhah Arshiyah dan seorang anak angkat iaitu Ameena.
Hasil tinjauan di Instagram, Dato’ Aliff telah berkongsi satu video yang memaparkan dia dan isterinya telah menerima kej0tan oleh pekerja-pekerjanya di pejabat sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke – 13 tahun. Kelihatan Dato’ Aliff dan Datin Shahida agak terkej0t menerima kej0tan tersebut. Ucapan Dato’ Aliff dan Datin Shahida buat ramai tersentuh.
Ikuti perkongsian video itu di bawah ini :
Rata-rata netizen turut mengambil kesempatan memberi ucapan kepada Dato’ Aliff dan Datin’ Nur Shahida di ruangan komen. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Happy Anniversary Dato n Datin.. Semoga bahagia selalu.. “
” Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 13 tahun terindah.. “
” Happy Anniversary semoga bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.. “
” Happy anniversary buat Datok Datin semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan semoga bahagia hingga ke Jannah Amin ya Rabbal Alami.. “
” Barakallahu lakuma wa jama’a bainakuma fi khair. Aamin.. “
” Sanah helwah buat Datin.. Smoga Allah murahkan rezeki dan berbahagia dunia Akhirat.. Husnul Khatimah.. “
” Tahniah Dato n Datin .. Selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 13 .. “
Jelas terlihat betapa terharunya Dato’ Aliff dan Datin’ Nur Shahida menerima kej0tan daripada pekerja-pekerja mereka. Kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkhawinan yang ke- 13 buat Dato’ Aliff dan Datin’ Nur Shahida, moga hubungan rumah tangga kalian kekal hingga ke jannah. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri, Datin Nur Shahida
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..