” Complete rumah dah macam taman permainan kanak-kanak.. ” – Netizen

Tengku Zawyah Kongsi Gambar Dan Video Cucu-Cucu Kesayangannya Bermain Bersama. Alahai Semua Makin Comel Dan Handsome. Serba Lengkap Rumah Nenek Pun, Best Sangat !! 

Umum mengetahui, Tengku Zawyah adalah bekas isteri kepada Datuk Seri Khalid Jiwa. Kedua-duanya sudah memiliki keluarga baru masing-masing namun mereka masih berhubungan baik. Tengku Zawyah sering berkongsikan video dan gambar mereka sekeluarga berkumpul dan mengadakan aktiviti keluarga bersama.

Tengku Zawyah mempunyai 4 orang anak lelaki bersama Datuk Khalid iaitu Asyraf, Anas, Adib dan Aazief. Tiga daripadanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cuma tinggal Aazief sahaja lagi yang masih bujang namun sedang hang4t bercinta dengan seorang Instafamous bernama Sharifah Rose.

Setakat sekarang, Tengku Zawyah dikurniakan 6 orang cucu iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan. Alyssa Hishamuddin, Tya Arifin dan Izara Aishah adalah menantu perempuannya yang sangat akrab dengan Tengku Zawyah. Kesemuanya dilayan dengan sama rata dan penuh kasih sayang.

Meninjau akaun Instagram Tengku Zawyah, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video gelagat cucu-cucunya ini apabila berkumpul. Semuanya mesra dan nampak sayang menyayangi. Kecil-kecil rapat mesti nanti dewasa kamcing dan satu kepala semua.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya..)

Gelagat cucu-cucunya Tengku Zawyah ini menarik perhatian peminat. Alahai seronok sangat semua bermain bersama ni. Antara komen-komen :

” Complete, bestnya ramai geng. Comel semua.. “

” Rumah semua ada dah macam taman Permainan kanak kanak.. “

” Beautiful kids, you are blessed. Alhamdulillah.. “

” Ea Alloh abang udah besar Adriyan makin comel.. “

” Abang dan Adriyan kak wa rindu sangat. Ger4m tengok semua.. “

Seronok sangat semua dapat berkumpul di rumah nenek. Iyelah serba lengkap tu betul-betul macam di taman permainan. Hati nenek lagi happy tengok gelak tawa mereka. Apa pun, semoga kesayangan Tengku Zawyah ini membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Teezac

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..