” Behave je Khawla ni, tenung je ibu dan daddy tengah buat show.. ” – Netizen
Video Reaksi Anak Syamel Dan Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha Ketika Menonton Persembahan Ibu Dan Daddynya Secara Live. Wah Baiknya Khawla Ni, Entah Apa Lah Dalam Fikiran Khawla Tu. Cute Je Muka !!
Diam tak diam, sudah 6 bulan usia anak sulung kepada pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel. Nur Khawla Soleha nama si kecil ini dan kehadirannya menambahkan lagi kebahagiaan dan rencah dalam rumahtangga Ernie dan Syamel.
Baik Ernie mahupun Syamel, kedua-duanya kini semakin sibuk dengan banyak pertunjukan pentas dan bakal mengadakan konsert bersama yang dijadualkan pada 23 Oktober yang akan datang bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.
Menerusi akaun Instagram Syamel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anaknya, Khawla ketika menyaksikan persembahan live ibu dan daddynya ini. Khawla berada di tengah-tengah sekelompok penonton sambil didukung oleh seseorang.
Asyik Khawla memandang ke arah pentas melihat ibu dan daddy. Kelihatan Khawla begitu tenang dan behave sahaja kelakuannya walaupun ramai orang di sekelilingnya. Kata Syamel, entah apalah yang difikirkan oleh Khawla pada waktu itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Syamel ini telahpun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada peminat sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen peminat :
” Ger4mnya tengok Khawla, comelnya dia. Apa yang daddy dengan ibu tengah buat atas stage tu haha.. “
” Eh kenapa macam saya dekat atas pentas tu tapi versi dah besar haha. Comel Khawla muka ibu sikit daddy sikit.. “
” Mesti Khawla tengah fikir bila Khawla boleh join ibu daddy atas pentas eh hehe. Muka Ernie sangat, comel.. “
” Khawla ni macam faham sangat career Daddy dan Ibu dia. Good job Khawla. Anak yang baik. Terbaik Khawla.. “
” Eiii comelnya, muka tengah pikir kenapa ibu daddy ada kat atas pentas haha. Masaklahnya mukanya sama dengan dua duaaa taktahu nak panggil daddy ke ibu.. “
” Dia kenal suara ibu daddy, baru nak main spek skali dengar suara terus toleh. Baguslah Khawla ni behave je perangai.. “
” Behave je Khawla ni, macam faham je bukan main tenung ibu daddy tengah buat show. Peminat tegar ni.. “
Semakin besar semakin nampak rupa Ernie lah pula Khawla ni, comel sangat. Daripada kecil sudah mengikut ibu dan daddy ke show, besar nanti Khawla boleh lah bersama-sama join menyanyi atas pentas ye. Apa-apa pun, semoga Khawla membesar dengan sihat dan ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syamel, IG Ernie Zakri
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..