” Baiknya Yusoff ni. Melting sangat tengok cara dia.. “

Video Gelagat Yusoff Al Qardawi Memberi Kucing Makan Di Masjid Nabawi Buat Netizen Ketawa. Part Meniarap Tu Alahai Comel Sangat !!

Anak kecil ini memiliki wajah comel yang membuatkan sesiapa sahaja melihatnya menjadi ger4m. Anak keempat kepada pasangan jutawan, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida ini diberi nama Yusoff Al Qardawi. Menginspirasikan nama seorang cendekiawan Islam, nama Yusoff menjadi pilihan pasangan ini.

Yusoff dilahirkan pada bulan Jun 2018. Sejak dari lahir lagi, Yusoff sudah diwujudkan akaun sosial Instagram miliknya di mana sehingga kini Yusoff sudahpun memiliki seramai 632 ribu pengikut. Gelagat Yusoff yang mencuit hati sering menarik perhatian peminat untuk mengikuti perkembangannya.

Pernah menerima anugerah AME 2019, namanya tersenarai antara anak-anak selebriti popular yang lain. Yusoff disifatkan sebagai seorang bayi yang mudah dijaga dan tidak meragam hinggakan ketika dia masih bayi Datin Shahida sudahpun membawanya ke tanah suci mengerjakan umrah kerana sikap baiknya itu.

Menerusi akaun Instagram Yusoff Al Qardawi, telah dikongsikan satu video rakaman di mana kelihatan Yusoff sedang memberi makanan kepada seekor kucing di perkarangan masjid Nabawi Madinah. Apa yang melucukan adalah gelagat Yusoff yang excited sampai terus meniarap di lantai melihat kucing itu makan.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Yusoff kat sini banyak kawan tau…..yusoff kawan dgn kucing

A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi_terlajaklaris) on

Rata-rata netizen memuji sikap penyayang Yusoff ini. Antara komen-komen netizen :

” Bertuah yusof dapat kawan sahabat nabi… Moga anak soleh ni diberkati dunia akhirat.. “

” Amin.. Berkat banyak dapat pahala beri makan pada kucing.. Binatang kesayangan Nabi.. “

” Penyayang yusuff ni Alhamdulillah berkongsi rezeki di tanah suci.. “

” Alooo comelnya haa siap duduk lagi nak tengok kucing makan.. “

” Siap meniarap lagi. Hihi. Comel laa sayang.. “

” Baiknya Yusof ni.. Melting sangat tengok cara dia.. “

” Ya Allah… Mulianya hati yusoff.. “

Yusoff Yusoff gelagat dia betul-betul mencuit hati. Anak sekecil ini sudah faham makna kasih sayang sesama makhluk. Beruntung Datin Shahida ada anak seperti Yusoff. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusoff menjadi anak soleh buat kedua ibu bapa dan sentiasa bersikap penyayang sampai bila-bila. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusoff Al Qardawi by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..