” Mommy dengan anak sama cantik.. “

Erin Malek Kongsi Gambar Terkini Beliau Semasa Majlis Perkahwinan Kakaknya. Namun Gambar Anak Perempuannya, Nur Aisha Telah Mencur1 Perhatian Netizen. Comel Betul Anak Dara Erin Nih !!

Erin Malek yang merupakan pelakon wanita tanah air dan juga anak kepada jurufoto popular, Abdul Malek Marwi. Beliau mula aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 2005 seusia beliau 15 tahun pada ketika itu. Filem pertama lakonannya ialah ‘Bilut’.

Erin telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihannya, Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014. Hasil daripada perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq yang kini berusia 5 tahun dan Nur Aisha 3 tahun.

Pelakon filem Tentang Bulan ini pernah kehilangan anaknya, yang juga kembar kepada anak sulungnya itu sewaktu masih dalam kandungan 16 minggu kerana impl1kas1 lebihan cecair dalam perut. Kini Erin lebih memberikan perhatian sepenuhnya kepada menguruskan rumahtangga dan anak-anak beliau.

Menerusi perkongsian Erin di Instagram, baru-baru ini telah berlangsungnya majlis perkahwinan kakak beliau. Erin juga memuat foto beliau bersama anak perempuanya, Aisha menghadiri majlis tersebut. Gambar itu telah menjadi perhatian netizen kerana anak Erin kelihatan sangat comel.

Ikuti perkongsian Erin di bawah :

Rata-rata netizen memuji Erin yang kelihatan sangat cantik meskipun dua mempunyai dua orang anak dan anak perempuan Erin, Aisha pula kelihatan sangat comel. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Mommy daughter goals.. “

” Mommy dengan anak sama cantik..  “

” Cantik baju 2 beranak nie.. “

” Cute nya anak beranak ni…. “

” Arghhhh cantiknyaa .. Slim. Bila nak berlakon lagi.. “

” Betul2 mcm anak dara erinmalekofficial.. “

” Suka kmu dri kcik lg.. Dh jdi mak org mkin cntik.. “

Amboii.. Dua beranak ni memang cantik betul. Anak perempuan Erin mirip seperti suami Erin bila dilihat. Lama betul Erin tidak belakon, mungkin kini beliau lebih selesa memberikan perhatian sepenuhnya kepada keluarga beliau. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Erin serta keluarga sentiasa bahagia. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erin Malek by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..