” Apa ni kasi mata orang berhabuk pagi-pagi.. ” – Fasha Sandha
Niat Fasha Sandha Untuk Buat Kej0tan Kepada Sahabatnya Rita Sosilawati, Namun Sebaliknya Fasha Yang Terkej0t. Wahhh Betul-Betul Surpr1se Ni !!
Umum sudah mengetahui bahawa Erni Dekritawati Yuliana Binti Buhari atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati ini merupakan teman baik kepada pelakon terkenal Fasha Sandha. Rita merupakan anak sulung Allayarhamah Dato’ Sosilawati Lawiya, pengasas Nouvelles Visages (NV).
Rita telah mengambil alih perniagaan yang telah ditinggalkan oleh Arwah ibunya. Untuk rekod, Rita telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Khamarulazlan Mohamad Hanafiah dan mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Usahawan muda ini juga merupakan teman rapat kepada Bella Astillah dan Datin Shahida isteri kepada Dato’ Aliff Syukri. Seorang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, Rita sering dilihat di majlis-majlis yang diadakan oleh teman rapatnya ini.
Rita berkongsi gambar semasa majlis baby shower teman baiknya Fasha Sandha di akaun Instagram miliknya. Menurut Rita, Fasha akan mengadakan kej0tan kepadanya. Namun sebenarnya sebaliknya yang berlaku, Fasha yang telah dikej0tkan oleh Rita, Aidil dan rakan-rakan yang lain.
Mari kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Rita ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Gambar-yang yang dikongsi oleh Rita ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antaranya :
” Kak Rita happy nya tgk dh kurus blh share tak petua nk jgk cantik mcm Sis Rita. To fasha slmt bersalin smoga dipermudahkan sgala urusan Aamiin..
” Kelak0r, Insyallah semoga girl selamat melahirkan, dapat geng mcm ni nerv0us pun hilang, pray for me too sister, xlama lagi due juga ni.. “
” So sweet, ni namanya sahabat sejati dunia akhirat.. “
” Susah nk dapat sahabat yg begini. Teman sejati dunia akhirat Alhamdulillah.. “
” Semoga Rita dikurniakan rezeki yg mel1mpah ruah aamiin, baik sungguh la haii.. “
Perkongsian daripada Rita ini juga mendapat komen daripada teman baiknya, Fasha Sandha :
Terharu tengok hubungan persahabatan antara Rita dan Fasha ni. Inilah dinamakan sahabat susah dan senang. Kami daripada Berita Kopak mendoakan agar Rita dan Fasha sentiasa berjaya dalam setiap bidang yang dilakukan. Semoga Fasha Sandha juga selamat melahirkan anak yang ketiga tidak lama lagi. Aminn..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Sosilawati
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..