” Ambil anak-anak je, wife t1nggal belakang. Ni la nasib isteri .. ” – Netizen
Terima Komen Negat1f Daripada Seorang Netizen, Jawapan Dato’ Fazley Yaakob Buat Peminat Terhibur. Boleh Tahan Jugak Kelakar Dato’ Fazley Ini, Part Tak Jejak Tanah Tu Win Betul !!
Setiap ibu bapa mempunyai cara yang berbeza dalam mendidik dan menjaga anak-anak. Ada pasangan ibu bapa yang tegas dan ada juga yang suka memanjakan anak-anak. Begitu juga halnya dengan selebriti yang terkenal sebagai penyanyi dan penceramah motivasi, Dato’ Dr Fazley Yaakob.
Keakraban Dato’ Fazley bersama anak-anaknya sering dikongsikan di Instagram miliknya. Dato’ Fazley yang menikahi Datin Azreen Soraya sudahpun dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan. Payish, Piyash, Piyush dan Ellie adalah nama gelaran buat anak-anak kesayangannya ini.
Meninjau akaun Instagram Dato’ Fazley, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Dato’ Fazley menyambut anak-anaknya ini setelah habis sesi persekolahan harian. Dato’ Fazley yang turut menulis di kapsyennya bahawa dia pasti cuba meluangkan walaupun sebentar masa hanya untuk menyambut anak-anaknya ini pulang dari sekolah setiap hari.
Menerusi video ini, jelas kelihatan Dato’ Fazley mengangkat dan mendukung anak-anaknya itu turun daripada kenderaan. Alahai manja betul semua dilayan seperti putera dan puteri oleh si ayah. Walaupun semuanya boleh tahan semangat badannya namun tetap gagah Dato’ Fazley dukung dengan penuh kasih sayang.
Jom tonton video di bawah :
Cara Fazley melayani dan memanjakan anak-anaknya ini mendapat perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :
” Kuasa pel0kan memberi semangat dan rasa kasih yang amat dalam. tahniah datok, the best father.. “
” Mereka akan membesar menjadi anak2 yang baik jiwa kerana kasih sayang dan memori indah dari ibubapa yg penyayang.. “
” Soooo sweeeet, Loving father tp tak lama lg dida tak laghat dh nk dukung satu2.. Bertuah nya diaorg dpt bapa penyayang.. “
” Sifat terpuji sorg ayah….. klau tak dpt dukung pun, ckup sekadar pel0k dan ci0m ank2 sebelum ank2 ke sekolah semasa ank2 ci0m tgn ibu ayah.. “
” Patut contohi Dato ni.. anak2 buat kawan & sahabat.. mesra selalu cara layan ank2.. Kagum tgk cara dato layan anak2.. “
” Love how he kiss and hug to all his kid.. such lovely daddy.. “
Namun ada juga komen yang kurang menyenangkan namun dijawab Dato’ Fazley dengan penuh jenaka. Lawak jugak Dato’ Fazley ini rupanya.
Mencuit hati sungguh jawapan yang diberikan oleh Fazley itu. Namun persoalannya yang di dalam van itu bukan Azreen namun pembantu rumah mereka. Macam-macam hal betul namun mungkin netizen itu hanya ingin bergurau. Apa pun, semoga Dato’ Fazley sentiasa bahagia bersama anak-anak dan isteri. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Fazley Yaakob
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..