” Sedih dan sayu tengok BCL.. ” – Netizen

Video-Video Sambutan Hari Lahir Anak Bunga Citra Lestari, Noah Aidan Yang Serba Ringkas. Walaupun Terukir Senyuman Namun Redup Mata BCL Tetap Menyatakan Kesed1han !!

Semalam merupakan ulangtahun kelahiran anak tunggal penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Noah Aidan Sinclair. Noah telah menyambut hari lahirnya yang ke 10 tahun. Sambutan pada tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Ini kerana Noah menyambutnya tanpa kehadiran seorang bapa di sisi, Ashraf Sinclair yang telah ‘pergi’ menemui Ilahi pada 18 Februari yang lalu. Umum mengetahui bahawa Noah sangat rapat dengan bapanya dan pastinya Noah terasa akan keh1langan bapanya.

Walaupun masih merasa sed1h, BCL tetap kuat demi anak tercinta. Dia telah menyediakan sendiri kek hari lahir buat anaknya supaya ia tetap satu sambutan yang cukup sempurna buat Noah. BCL juga turut menitipkan ucapan buat Noah di akaun Instagramnya.

Menerusi satu akaun Instagram, beberapa buah video BCL dan Noah telah dikongsikan. Video tersebut diambil daripada beberapa Instastory dan ia memaparkan sambutan ringkas hari lahir Noah dan video BCL sedang sibuk di dapur menyediakan kek untuk si anak.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk video seterusnya.. )

Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Noah. Antara komen-komen mereka :

” Happy birthday Noah… Semoga membesar menjadi anak yg soleh aamiin.. “

” Happy birthday Noah.. sedih sayu tgk BCL …. “

” Noah umur berapa ? Dh bole pakai braces.. Happy birthday Noah.. “

” Happy Birthday Noah Sayang.. “

” Setiap kali tgk bcl mst nang1s. Wanita kuat.. “

Kami di Oh Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Noah Aidan Sinclair. Semoga menjadi anak yang soleh, mendengar kata dan menjaga ibunya. Semoga BCL dan Noah terus tabah menjalani kehidupan yang mendatang. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Bunga Citra Lestari

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..