” Abil dengan suami dia ni memang tak pernah tak kelakar.. ” – Netizen
Video Gelag4t Suami Nabila Huda, Izwan Berlakon Sebagai ‘ Testimoni Pelanggan ‘ Kek Pisang Buat Ramai Yang Terhibur. Part Abil Ketawa Terbah4k-Bah4k Tu Memang Kelakar Habis !!
Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP ) dilaksanakan, ramai di kalangan kita masing-masing telah mengambil kesempatan ini dengan mengisi masa terluang melakukan aktiviti yang berfaedah bersama-sama ahli keluarga tercinta. Mungkin apa yang terjadi ini, pasti ada hikmahnya bukan ?
Tidak ketinggalan juga, kalangan selebriti turut berkongsi aktiviti mereka bersama keluarga di laman media sosial sepanjang PKP ini. Manakan tidak, sebelum ini mereka sibuk dengan kerjaya dan ini lah peluang untuk mereka menghabiskan masa di rumah dan beristirehat bersama orang-orang tersayang.
Seperti pelakon Nabila Huda, atau lebih dikenali sebagai Abil, tidak melepaskan peluang memanfaatkan masa bersama suami dan anak tercinta. Pelbagai aktiviti dikongsikan oleh Abil menerusi Instagram. Malah ada saja video aktiviti yang dilakukan oleh Abil di rumah membuatkan warganet terhibur.
Terbaru, Abil telah berkongsi satu video di akaun Instagram miliknya yang sangat menghiburkan. Manakan tidak, video tersebut memaparkan suaminya, Izwan telah berlakon menjadi testimoni pelanggan yang merasa hasil kek yang dibuat oleh Abil sendiri. Gelag4t suami Abil itu memang kelakar habis !
Ikuti perkongsian video oleh Nabila di bawah :
Rata-rata warganet turut terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Nabila Huda itu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bong0k laaa hangpa dua ni kan hahahaha eh tiga hahahhahhahaha. Jenuh aku gelak dari awal.. “
” Dia punya jul1ng mata tu real doh dh mcm filter yg selalu Abil guna tu .. “
” Gelak macam dlm cite White Chicks laa .. “
” Abil ngn laki die ni memg xpena xkelako.. “
” Heppies sgt tuuuuu… Mata susah nak kejar tuuuuuuuu.. “
” Ada je laki bini ni sempoi lah korg sak1t perut gelak.. “
” Hahaha.. Bong0k la gelak sampai sen4k perut oii.. “
Kelakar betul suami Nabila Huda ni, memang berbakat betul dalam lakonan, mana tahu nanti ada rezeki boleh jadi pelakon. Melihat keluarga kecil ini memang betul-betul bahagia. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Abil sentiasa bahagia bersama suami dan anak tercinta. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabila Huda by Oh Kopak
Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..