” Yusuf handsome boy dagu berlapis gebu, macam anak orang Turki.. ” – Netizen

Wajah Terkini Anak MUA Bellaz, Ean Yusuf Yang Semakin Comel. Eii Gebu Gebas Sangat Lah Si Kecil Ni, Terlajak Comel !!

Nama MUA Bellaz tidak perlu diperkenalkan lagi dan cukup dikenali bagi penggemar dunia solekan. MUA Bellaz baru sahaja melahirkan anak ketiganya iaitu seorang bayi lelaki Julai yang lalu. Bayi ini dinamakan sebagai Muhammad Aisy Ean Yusuf.

Terdahulu MUA Bellaz sudahpun dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Eica dan Aidil. Peminat memuji dan teruja dengan wajah comel Yusuf sejak pertama kali wajahnya dikongsikan Bellaz kepada umum di Instagramnya. Yusuf mewarisi wajah cantik mamanya dan senyum manis ayahnya.

Apa yang lebih menarik tentang Yusuf adalah warna anak matanya yang seakan-akan berwarna kelabu. Bellaz turut membuka akaun sosial untuk Yusuf dan sehingga kini telah merekodkan seramai 37.6 ribu followers. Bellaz sendiri menjadi tumpuan kerana berjaya kembali ramping selepas bersalin dalam tempoh yang singkat.

Meninjau akaun Instagram MUA Bellaz, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama anaknya Ean Yusuf. Bella seperti biasa tetap gorgeous dan tampil cantik menawan. Yusuf pula sudah semakin membulat dan tembam pipinya hingga menampakkan dagunya yang berlapis dua.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Yusuff ini sudah semakin mirip dengan wajah Bella dan sekali pandang nampak seperti anak sulungnya Eica ketika kecil. Ini mendapat perhatian peminat dan antara komen mereka :

” Dah debab.. Neneng susu apa ni.. ” – Dato’ Seri Vida

” Yusuf cemboy dagu berlapis gebu, macam anak orang Turki.. “

” Lawaaaaanyaaaaaaaaa , dagu yusuf kne letak lsl tu.. “

” Yusufff Selambak pipi hampaaa ger4m tgk.. “

” Ya Allahh doublechinn, comel sangat Yusof ni aihh.. “

” Muka ikut mama laa.. ensem.. Sama muka mama dia la sebijik no.. “

” SubhanAllah gojez nye bella n yusuf dh nmpk mcm anak org Bosnia.. “

” Haha Ean dagu nak pi mana tuu… dua lapih naa.. “

Alahai manalah peminat tidak ger4m melihat wajah Yusuf, gebu sungguh dengan pipi paunya itu. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi iye tak. Cantik macam mamanya dalam versi lelaki. Apa pun, semoga Yusuf membesar menjadi anak yang soleh dan muslim yang berjaya dunia dan akhirat. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG MUA Bellaz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..