” Your mum cantik sangat waktu muda muda.. ” – Netizen
Che Puan Juliana Evans Kongsi Gambar Ketika Kecil Bersama Ibunya. Wah Dari Kecil Dah Cantik Lah Juliana Ni. Ibu Dia Pun Gorgeous !!
Nama Che Puan Juliana Evans dikenali ramai sebagai pelakon. Memiliki wajah kacukan yang mana ayahnya berketurunan Inggeris. Baru-baru ini, nama Juliana disenaraikan dalam 100 Wanita Paling Cantik 2020. Menduduki tangga ke 72, Juliana sendiri tidak menyangka dirinya akan terpilih dalam undian itu.
Sudahpun bergelar isteri kepada seorang kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah menjadi pilihan hati Juliana. Pasangan ini sama cantik sama padan dan kelihatan secocok sangat. Pasangan ini dikurniakan seorang cahayamata setelah dua tahun usia perkahwinan.
Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin adalah nama puteri mereka. Dipanggil Milly, wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Juliana ketika kecil. Mata, mulut dan senyuman yang persis sekali bondanya ini.
Menerusi akaun Instagram, Juliana Evans telah berkongsikan sekeping gambar thr0wback ketika kecil bersama ibunya. Tengok sahaja wajahnya dengan rambut bertocang dua tu, cute betul. Ibu Juliana pun tak kurang hebatnya, rupa-rupanya model di masa mudanya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian Juliana ini menarik perhatian Peminat. Peminat memuji kecomelan wajah Juliana dan kecantikan ibunya. Antara komen-komen mereka :
” Comel je.. Beautiful.. Nice.. so slimmmmm.. “
” Your mum cantik sangat waktu muda muda.. “
Tak pernah tak cantik Juliana ni, memang dari kecil dah ada rupa. Sekarang anak Juliana pula mewarisi kecantikkan wajahnya itu. Apa pun, semoga Juliana Evans sentiasa gembira bersama keluarga tersayang dan terus success dalam apa jua bidang yang diceburi. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Juliana Sophie Evan
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..