“ Your baby is so cute and adorable.. “ – Netizen

Video Terbaru Anak Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Ridza, Isaac Raees Yang Tersenyum Manis Walaupun Tengah Mamai Nak Tidur. Alololo Comel Sungguh !!

Umum mengetahui, Isaac Raees merupakan anak kepada selebriti terkenal Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson. Si comel Isaac ini dilahirkan di Australia di tempat ibu kandung Zahirah t1nggal.

Terbaru meninjau ke ruangan Instagram kelab peminat Zahirah iaitu zahirah.aiman, satu video telah dimuatnaik yang memaparkan wajah Isaac secara close up. Isaac sedang dipangku ketika video tersebut dirakam ke arah mukanya.

Mengenakan pakaian bayi berwarna putih, Isaac juga kelihatan tersenyum walaupun sedang mengantuk hendak tidur. Reaksi dan senyumannya itu sememangnya tidak dinafikan comel dan pastinya berjaya mencur1 tumpuan peminat yang menonton video ini.

Kedengaran suara mummy tersayang iaitu Zahirah yang ketawa kecil melihat keletah anak kesayangannya. Zahirah terhibur melihat raut wajah Isaac yang mamai ketika mahu melelapkan mata kecilnya.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Video ini mendapat banyak tanda suka dan ada juga netizen yang memuji Isaac Raees. Antara pujian yang diberikan :

“ So cute.. your baby is so cute and adorable.. ”

Untuk info tambahan, penghibur hati Zahirah dan Aiman ini merupakan cahaya mata sulung mereka. Zahirah dan Aiman masih lagi berada di Australia dan menunggu masa untuk pulang ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya mereka.

Pastinya ramai yang tidak sabar menunggu lebih banyak perkongsian keletah comel Isaac yang menghiburkan hati. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga Isaac membesar menjadi seorang anak yang sentiasa membahagiakan kedua ibu bapa. Aamiin

Silakan SHARE..

Sumber: IG zahirahh.aimann

Artikel ini disediakan oleh Oh Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..