” Yeay duo bersatu kembali, lama tak nampak ketawa besar gitu.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Noornabila Bercuti Bersama Sahabat Baiknya, Rosix Omar Raih Perhatian Warganet. Wah Rosix Dan Bella Sudah Kembali Lah. Tentu Gempak Vlog Macam Dulu, Manjahhh !!

Channel Youtube Rosix dan Bella sudah lama tidak aktif sejak Noornabila mendirikan rumahtangga beberapa tahun yang lalu. Pertemuan semula antara Nabila dan Rosix baru-baru ini menceriakan peminat dengan video mereka bersama Jebat Jayden.

Meninjau akaun Instagram Rosix, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video Rosix dan Nabila pergi bercuti ke Korea bersama teman yang lain. Akhirnya setelah bertahun tiada vlog Rosix dan Bella, peminat bakal ketawa dengan telatah g1la-g1la mereka.

Kelihatan gembira 2 sahabat ini apabila kembali bersama seperti dahulu. Rosix juga merakamkan moment sebelum mereka berlepas dan ketika berada di dalam pesawat. Happy tengok Nabila tersenyum sahaja sebegitu.

Rosix turut memuatnaik aktiviti yang mereka lakukan setelah sampai ke Korea. Wah paling penting makan-makan ye Rosix. Peminat juga memuji Rosix sebagai seorang sahabat yang baik dan pastinya Nabila tak kering gusi apabila bercuti bersama Rosix.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Rosix ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Yeay duo bersatu kembali. Asal ada rosix .. tak akan kering gusi la ketawa .. boleh jadi sampai kurus .. sebab ketawa memanjang .. rosix ni : ” kegembiraan”.. “

” Yayyyy my fave duo.. dah lama rindu gelagat dorang.. Rosix & Bella… please upload video kat YouTube bnyk2 mcm dolu2.. “

” Peneman terbaik … lama x gelak tgk video korang dua dulu masa pkp tula hiburan.. Nabila bila dia da bersama balik dengan Rosix.. makna nya sesuatu hehe.. “

” Alhamdulillah Lama tak nampak ketawa besor gitu.. we need bellarosix backkkkkk.. Rosix mmg real sahabat.. “

” Bagusnya rosix, mulia sebagai sahabat.. Manjahhhhhh kembali bersatuuuuhhh.. Auto seronok tengok both of you.. bff.. “

” Yeahh da dpat besfrend baliK.. The best friendship. Tgk gelagat depa dua pon dah tersenyum aku… Boleh byg kalau buat vlog masak sama-sama lagi nk tergelak.. “

” Yeay Rosix Bella bergabung lagi, manjahhh.. Rosix bagi Bella happy dan makan banyak-banyak ok.. tak sabar nak tengok vlog.. “

Tak sabar peminat hendak menonton vlog dua sahabat baik ini, tentu pec4h ketawa masing-masing dengan perangai masuk air mereka. Apa-apa pun, selamat bercuti Nabila dan Rosix, jangan lupa upload banyak-banyak video nanti okey.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rosix Omar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..