” Yeahhh kita teka betul, tak sabarnya nak tunggu baby keluar.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Gender Reveal Bayi Mawar Rashid. Wah Akhirnya Mawar Kongsikan Jantina Anaknya Ini. Tahniah Mawar !! 

Mawar Rashid bukan nama asing untuk peminat seni hiburan tanahair. Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Popular ABPBH ini kini sedang sar4t hamil anak keduanya. Mawar yang mendirikan rumahtangga bersama Raf Yaakob sudahpun mempunyai seorang anak lelaki bernama Raden Muhammad Rafael.

Semalam telah berlangsungnya majlis gender reveal dan Mawar mengumumkan jantina anak dalam kandungannya itu. Hasil tinjauan kami di Instagram Mawar, telah dikongsikan beberapa keping gambar suasana ketika majlis ini berlangsung.

Dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat rapat Mawar dan Raf, suasana majlis tetap meriah. Dekorasi yang dihasilkan bertemakan warna putih dan oren juga nampak kemas. Mawar turut menulis di kapsyennya ucapan terima kasih untuk semua yang hadir di majlis istimewanya ini.

Ini adalah pengalaman pertama untuk Mawar membuat majlis sebegini dan pastinya ia menjadi memori indah untuk Mawar kenang. Untuk makluman, Mawar juga mempunyai dua orang anak tiri iaitu hasil perkahwinan pertama Raf dahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata peminat teruja dengan berita Mawar bakal mendapat baby girl ini. Ramai juga yang meneka dengan betul jantina bayi Mawar ini dan antara komen-komen mereka :

” Haaa tekaan betul Alhamdulillah congratulations. congrats adikkkk. semoga dipermudahkan everything.. “

” Congrats semoga baby tu sihat dan Cergas. Waaaaa .. selamat kk mawaar… excited nyaaaa congrats sekali lagi.. “

” Tak sabar nak tunggu baby tu kelu4r dari perut mekwa…. harap-harap comel macam sy hheheheheh.. “

” Yeahhh kita teka betul, Congrats mawar semoga baby sihat dan bersalin dengan lancar amin.. Seronok la kakak Chanela ada geng lepas ni.. “

” Gmbor first Rafael nanges trharu dpt adek girl ke caner.. Tahniahhh Mawar n family.. Makin meriah la keluarga Mawar Raf ada 2 pasang anak.. “

” Wah happy nya dapat girl tahniah.. She’ll be a cutie like the mama. congrats Raf & Mawar.. Raden bakal jadi abang la haha.. “

” Congrats, mesti lawa mcm mommy dia doakan sy dpt zuriat juga.. Congratss Mawaraf wouu best lah selang seli boy girl boy girl.. “

” Aku dah agak dah, dri first mekwa bg tahu dia pregnnt . masin mulut aku hahahahahahaa.. Mesti cantik macam mamanya nanti.. Patut Mawar berseri-seri sungguh hamil kali ni.. “

Wah meriah sungguh majlis gender reveal baby Mawar ini. Sedikit masa lagi, lengkaplah sepasang anak Mawar dan pastinya kehadiran si kecil menceriakan lagi keluarga Mawar dan Raf. Apa pun, tahniah dan semoga segala urusan Mawar dipermudahkan sehingga selamat bersalin nanti. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..