” Yang penting duit raya. Seringgit ke sepuluh ribu ringgit ke, tetap sweet.. ” – Netizen

Datin Elvina Mohamad Kongsi Video Perbandingan Tahun Pertama Dan Tahun Ketiga Beraya Sebagai Isteri Kepada Datuk Mohd Haniff Borhan. Bertuahnya Elvina Dapat Berkepuk-Kepuk Duit Raya, Sampai Tak Muat Sampul !!

Menerusi laman Instagram milik pelakon Datin Elvina Mohamad, telah dikongsikan sebuah video sesi bersalaman antara Elvina dan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan sempena hari raya Aidilfitri. Elvina ada membuat perbandingan pemberian duit raya pada tahun pertama dengan pada tahun ketiga perkahwinannya.

Pada tahun pertama perkahwinan, selepas bersalaman Hanif hanya memberikan Elvina seringgit duit raya dan Elvina menerimanya dengan ketawa dan tersenyum tanpa sedikitpun merung0t dan kemudiannya memel0k erat suaminya.

Pada tahun ketiga perkahwinan, selepas bersalaman, Hanif menghulurkan segumpal wang RM50 yang agak tebal isinya sebanyak dua ikat kepada Elvina membuatkan Elvina membuat reaksi terkej0t sambil menunjuk wang yang diterimanya.

Menerusi kapsyen tulisan Elvina, Elvina mengatakan suaminya telah upgrade duit raya serta mengucapkan terima kasih kepada suaminya atas pemberian duit raya tersebut. Selain itu mendoakan agar suaminya bertambah kaya supaya dapat menambah lagi duit rayanya pada tahun hadapan. Alahai sweet je pasangan suami isteri ini.

Jom tonton video di bawah:

Rata-rata peminatnya mengatakan Elvina beruntung kerana mendapat duit raya yang banyak daripada suaminya itu. Selain itu, ada yang memuji kecantikan Elvina serta sempat mengusik dirinya. Antara komen-komen peminatnya:

“ Banyak g1la kot share sikit boleh.. Mula mmg seringgit sbb baru nak hidup tp skrng RM10K hidup makin berkat doa dr isteri kena bg lebih kan.. Tu dia upgrade habis Hanif bg.. “

“ Kejayaan seorang lelaki yg berjaya membimbing menjadi seorang isteri sudi terima dia seadanya bukan apa adanya.. So sweet.. Untung la.. “

“ Sama cantik sama padan.. Yg penting duit raya seringgit ke saploh ribu ringgit ke.. Tetap sweet.. Selamat Hari Raya Datin.. Maaf zahir Batin.. “

“ Comel je.. Dpt sengget pn snyum tpi raya ke3 tahun tu ad mkna tu.. Byk kali tgok.. Beza gmbr dulu dgn sekarang hsbnd elvina nmpk lg macho.. Elvina bertmbh cun as always.. “

“ Baju tak pernah tak lawa.. Hahaha comel jer husband & wife ni.. Suka tgk el.. Cantik.. Aku tengok aku pulak yang tersengih2 macam kerang.. “

“ So sweetnyer.. Pkai bju kuning hsbnd kuyus.. pkai bju hijau hsbmd dah berisi.. Soknya dpt duit rsya tebal.. Cntiknya elvina.. Selamat hari raya aidil fitri elvinamohamad Sekeluarga.. “

“ Hahaha tak muat sampul.. Selamat hari raya kak.. Untungla.. rm1 haha.. Terbaik dato.. Tebal bapak wang nya.. Ulang 2-3 kali tgok.. Doakan kami semua dapat gitu yaa.. “

Beruntungnya jadi Elvina. Apapun dapat dilihat Elvina sebenarnya tidak kisah berapa banyak duit raya yang diberikannya. Banyak ataupun sikit duit raya yang diberikan asalkan ianya pemberian ikhlas daripada suami tercinta. Itu sudah cukup menggembirakan hatinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elvina Mohamad

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.