” Yang last sekali geleng-geleng je, doa takde bunyi. Tau-tau makan.. ” – Netizen

Hairul Azreen Kongsi Video Gelagat Anak-Anaknya, Alisa Aisyah Dan Yusuf Iskandar Ketika Usianya Sebaya Alisa Membaca Doa Makan. Amboi Bukan Main Lagi Geleng-Geleng Kepala Tu, Amin Je Dengar. Comel Sungguh !!

Anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka. Elok ajarannya, maka akan eloklah si anak dalam membentuk sahsiah dirinya. Segalanya bermula di rumah dan perlu dipraktikkan sejak anak-anak masih kecil.

Menyedari akan hal ini, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen menggunakan pendekatan dengan cara mereka tersendiri untuk mendidik dan mengasuh anak-anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Walaupun Yusuf dan Alisa masih kecil, mereka sudah mula mendisiplinkan anak-anak ini dengan jadual yang teratur.

Hanis menghadkan waktu untuk Yusuf dan Alisa menonton televisyen dan mereka hanya dibenarkan untuk menonton selama satu jam sahaja itupun pada hari minggu. Kehidupan Yusuf dan Alisa juga tidak didedahkan dengan sebarang gajet.

Meninjau akaun Instagram Hairul Azreen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Alisa membaca doa makan. Hairul turut menggabungkan video ketika Yusuf seusia dengan Alisa dahulu yang mempamerkan aksi Yusuf membaca doa makan yang sama.

Jom tonton video di bawah :

Sangat mencuti hati melihat gaya berdoa Yusuf dan Alisa ini. Apalah yang dibaca dengar-dengar aamin sahaja di hujungnya. Ini menarik perhatian peminat dan antara komen mereka :

” Yg last sekali geleng2 je doa takde bunyi tau2 eat . hahahahahha alahai comel sangat adik beradik niiii.. “

” Hai comel. Tengok ni terus takde monday blues.. Part last tuuu yusuf nak bagitahu mummy dah doaaa dia pun sebut eatt.. “

” Yusuf lagi pandai ngelat comel. Sama jer dua-dua tuhh.. Memang kena pejam mata ehh haha, cheeky sangat.. ” 

” Yusuf over la, Abang Yusuf punya style lagi nak4l.. Hahha chumelll, repeat byk kalii .. cute jeaa dgr.. “

” Pgi2 da terhibur tgk gelagat 2 beradik ni. semga menbesar dgn siht jdi ank2 yg soleh n solehah.. “

” Adik beradik niii comel betul. Sama je dedua lahh hahahaa.. “

Alahai lebih kurang sahaja gelagat dua beradik ini pandai sangat aamin tu. Sebagaimana Yusuf, begitulah juga Alisa dididik dan ini salah satu buktinya. Apa pun, semoga Yusuf dan Alisa membesar menjadi anak yang berguna dan membanggakan kedua ibu bapa mereka kelak. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen, IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..