” Woww hebat lah Bella, kemas lukisan dia. Memang ada bakat melukis.. ” – Netizen

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Video Anak Sulungnya, Sophea Isabella Sedang Melukis Raih Pujian Ramai. Wahh Part Last Tu Tak Sangka Dr Sheikh Muszaphar Pun Pandai Melukis Juga, Cantik !!

Meninjau di akaun Instagram milik angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah berkongsi satu video yang merakamkan dirinya bersama anak sulungnya, Sophea Isabella. Menerusi video itu, kelihatan Dr Sheikh Muszaphar telah pergi melihat Bella sedang membuat sesuatu.

Rupanya, Bella sedang melukis lukisan kartun yang dipelajarinya menerusi saluran Youtube. Kongsi Dr Sheikh Muszaphar pada penulisannya, anak-anak sebenarnya mempunyai banyak bakat yang terpendam.

Malah pesan Dr Sheikh, buat kedua ibu bapa di luar sana perlu untuk membimbing anak-anak dan mengasah bakat yang ada pada anak-anak. Hal ini kerana dengan memberikan bimbingan dan semangat kepada anak-anak ianya sangat bermanfaat buat mereka.

Pada akhir video, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi lukisan hasil tangannya sendiri buat tatapan ramai. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah ditonton lebih 96 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji lukisan oleh Bella tersebut dilihat sangat cantik dan kemas. Malah ada yang menyak4t bahawa lukisan Bella lebih cantik berbanding lukisan Dr Sheikh Muszaphar. Antara komen-komen netizen adalah :

” Not typical anime style, she has great stroke and drawing style. Power lah bella, nampak nanti dah besar jadi pelukis terkenal.. “

” MasyaAllah Terbaik Bella. Doctor boleh belikan Bella Wacom bamboo Tablet dimana digunakan oleh animator2.. “

” Sorry Dr, bella punya lukisan lagi cantik dan nampk kemas, hahahha. Lukisan Dr Sheikh tu, wajah Dr Halina ke.. “

” Love sangat, bijak lah Bella ni. Nampak dia macam serba serbi tahu. Ini kah sal4h satu watak kartun yang diminatinya Dr.. “

” She so talented dr. Kemas cara dia melukis, mungkin ni adalah bakat yang terpendam lama Bella, wow memang cantik.. “

” Woww hebat lah Bella, kemas lukisan dia. Memang ada bakat melukis ni. Semoga Bella terus menjadi anak yang berjaya.. “

” Hebat lah dua beranak ni, daddy pun tak nak kalah, hehe tjuk juga lakarannya. Tapi saya memilih lakaran Bella, sorry Dr, haha.. “

Memang hebat, baru berusia 10 tahun lukisan Bella nampak begitu kemas. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Bella terus membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah dan kebanggaan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..