” Wow, serba boleh Mira Filzah ni, untungnya Emir.. ” – Netizen

Video Mira Filzah Sedang Deko Kek ‘ Love You ‘ Raih Perhatian Netizen. Alahai, Bertuahnya Wan Emir Astar Dapat Isteri Cantik, Berbakat Memasak Pula Tu !!

Umum mengetahui tentang majlis perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir Astar yang mendapat jolokan, Wedding Of The Year pada awal September 2020. Majlis perkahwinan yang diadakan sebanyak 3 majlis resepsi itu cukup indah dan meriah sekali. Pasangan sama cantik sama padan ini sungguh sesuai apabila dilihat bersama.

Sebelum ini, sering dikongsikan video dan gambar di Instagram mengenai Mira dan Emir. Pasangan pengantin baru ini cukup kelihatan secocok bersama, dari awal majlis pernikahan sehinggalah sekarang. Apa jua aktiviti yang mereka lakukan, pasti meraih perhatian ribuan netizen.

Emir juga sering berkongsi video Mira sedang memasak juadah makanan di Instagram Story miliknya. Terbaru, menerusi tinjauan di Instagram Wanemirafilzah yang diwujudkan oleh peminat, telah dikongsikan sebuah video Mira sedang mendeko kek dengan perkataan ‘ Love You ‘.

Wahh Mira, bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan tetapi juga berbakat di dapur. Untunglah Emir, setiap hari makan air tangan isteri tercinta. Confirm semakin hari semakin sayang dan bahagia selalu menjalani kehidupan seharian di samping insan tersayang.

Ikuti perkongsian video di bawah:

Perkongsian video mendapat pujian daripada netizen. Rata-rata memuji Mira seorang yang serba boleh. Antara komen-komen netizen :

” Wow serbaboleh mira.. Min ni, suka buat vid comel comel emir amirah.. “

” Betul serba blh dan rajin.. Terbaekk.. “

” Kek gula melaka pndai kwk mira buat utk suami ke tu.. “

” Untuk suami tcinta ke Tu.. Blh lah oder kt k.mira filzah kek bln 11 ni.. “

” Suka tgk inai di jari tu.. suweett ngat ngat.. “

” Pandainya mfmirafilzah buat kek… untung wanemirastar dpt isteri yg cantik, pandai masak plak tuuu.. “

Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, namun Mira masih meluangkan masa memasak untuk suami tercinta, Emir. Orang kata, air tangan isteri tu adalah kunci bahagia dalam rumahtangga. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke syurga abadi. Amin.

 

Silakan SHARE…

Sumber : IG Wanemirafilzah, Wan Emir Astar, Mf mirafilzah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..