” Wow ini baru betul cap ibu dan anak. Sebijik macam Lara. Copy paste terus haha.. “
Scha Alyahya Kongsi Gambarnya Ketika Tahun 2006 Jadi Tumpuan Peminat. Sama Sungguh Dengan Lara Alana. Terpuk4u Sekejap Mata Melihat !!
Pernah memegang gelaran Dewi Remaja 2006, nama Scha Alyahya semakin bersinar dan dikenali ramai. Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya dilahirkan pada 30 Mei 1983 di Sungai Petani Kedah. Sebelum aktif sepenuhnya dalam bidang lakonan, Scha pernah menjadi pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia selama setahun iaitu dari 2006 hingga 2007.
Hanya setelah itu, Scha bergerak dan mengembangkan kariernya sebagai model dan pelakon. Impian Ilyana merupakan drama pertama yang menampilkan Scha sebagai pelakon pembantu. Nama Scha mula menjadi sebutan apabila drama Awan Dania lakonannya menjadi terkenal dan mendapat perhatian penonton. Selain drama TV, Scha juga turut menjayakan lakonan di layar lebar.
Antara lakonannya adalah di dalam filem Evolusi KL Drift 2 dan Hister1a. Scha memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan menerima lamaran dari pelakon Awal Ashaari. Melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei 2012, pasangan ini dikurniakan seorang cahayamata perempuan diberi nama Lara Alana.
Menerusi akaun Instagram, Scha telah berkongsikan sekeping gambarnya yang ketika itu masih di awal 20-an. Wajahnya yang cun itu sekali pandang tak ubah seperti anaknya Lara. Comel sungguh. Senyum dan mata yang sama. Wajah Scha sekarang pun bertambah cantik.
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen memuji wajah Scha yang persis wajah Lara ini. Antara komen-komen netizen :
” Lara Alana.. “
” Lara alanaa teenagers version ni scha alyahya.. “
” I see laraaaaaa.. “
” Eh lara dah besar baru sehari tak stalk.. “
” Sebijik lara alana .. Rindu awan dania .. Start minat gil4 kat kak scha alyahya dari awan dania.. “
” Lara alana sangattt.. “
” Future Lara Alana.. “
” Wow ini baru betul cap ibu dan anak. Sebijik macam Lara.. Mummy macam Lara ke Lara macam mummy ni.. Copy paste terus haha.. “
Ya Allah sama betul muka anak beranak ni. Kudus sungguh muka Scha masa ni. Dengan pipi tak berapa nak pau mana tu, senyum manissss bak gula. Patut la Awal terpaut terus melekat-lekat di hati. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat berbahagia buat Scha sekeluarga. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Scha Alyahya by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..