” Wow, besarnya rumah dia, bestnya.. ” – Netizen

Janna Nick Kongsi Video Rumah Baru Yang Sedang Diubahsuai Raih Perhatian Peminat. Wah Besar Betul Rumah Janna. Mesti Cantik Bila Dah Siap, Nama Rumah Pun Cantik !!

Memiliki rumah idaman sememangnya menjadi impian ramai orang. Tidak kira sama ada rumah tersebut besar atau kecil tetapi apabila ia dibeli dengan hasil titik peluh sendiri pastinya memberi satu kepuasan tidak terhingga.

Inilah yang dikongsi oleh Janna Nick di mana Janna sudah memiliki rumah sendiri dalam usia yang masih muda. Rumah tersebut sudah dibeli oleh Janna hasil daripada usahanya selama ini bergiat aktif dalam dunia seni tanah air.

Djannahome merupakan nama yang diberi oleh Janna kini sedang dalam proses pengubahsuaian. Janna telah berkongsi video ketika Janna melawat kerja-kerja pengubahsuai di rumahnya itu. Pastinya Janna tidak sabar untuk melihat hasilnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Ramai yang kagum melihat rumah Janna yang begitu besar dan mempunyai banyak ruang dan bilik.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai juga yang mendoakan agar urusan Janna dipermudahkan. Antara komen-komen yang diberikan :

” Wow, bestnya ada rumah besar, Alhamdulillah. Tahniah. Selepas hujan pasti ada pelangi. Allah akan bagi apa yang kita betul betul perlu bukan apa yang kita ingin kan.. “

” Syukur.. Seronok tengok dapat rezeki beli dan ubahsuai rumah idaman. Dreams come true.. semoga dipermudah segala urusan.. “

” Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.. Alhamdulliah open House jemput nak tgk rumah baru.. jannanick.. “

” Alhamdulillah rezeki anak solehah.. semoga dikurniakan rezeki yg tak putus2 dan dipermudahkan segala urusan.. Proud of u Janna Sayang .. “

” Kalau buat baik ngn mak, adik beradik, Allah akan bagi rezeki yg tak putus2. Masyaallah.. congrats syg ku. Proud of u. Jgn lupa jemput hse warming.. “

” Besarnya rumah dia.. Bila la saya dapat beli rumah sendiri.. Seronok tengok org beli rumah, renovated rumah, harap2 semua yang baca ni, Akan dilimpahkan rezeki selalu.. “

” Besar rmh.muga urusan renovation d mudah kn. aaminn.. Dari tadi saya repeat tgk reels awak ni nak hugssss, you never fail to make me kiyau happy for your achievements.. “

Tidak sabar menantikan hasil perkongsian Janna apabila rumahnya sudah siap diubahsuai dan dihias. Seronok apabila kita dapat menghias rumah sendiri dengan citarasa yang kita inginkan. All the best buat Janna.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..