” Wow berbakat besar, intonasinya tu macam gaya Fedtri sangat.. ” – Netizen

Fedtri Yahya Kongsi Video Jejak Rasul Challenge Oleh Seorang Kanak-Kanak. Wah Peserta Paling Muda Yang Berbakat Ni. Gaya Cakap Dan Intonasi Suara Tu, Macam Gaya Fedtri Sangat !!

Rancangan Jejak Rasul antara siri televisyen yang mendapat sambutan hangat daripada penonton pada bulan Ramadhan ini. Sudahpun memasuki musim yang ke 27, edisi kali ini diberi judul Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul.

Pengacaranya Ahmad Fedtri Yahya yang terkenal dengan bahasa puitisnya menjadikan Jejak Rasul antara rancangan kegemaran ramai. Meninjau akaun Instagram Fedtri, telah dikongsikan video yang memaparkan l0ntaran suara oleh seorang kanak-kanak di dalam Jejak Rasul Challenge.

Memang ramai yang mencuba challenge ini dan antaranya pengacara Buletin Utama, Hawa Rizwana, pelakon Nazim Othman dan ramai lagi. Menceritakan tentang sejarah Kedah, pelbagai intonasi dan gaya setiap peserta dapat dilihat menerusi applikasi Tik T0k.

Dalam video ini, Fedtri memberitahu di kapsyennya bahawa penyertaan adik ini merupakan peserta yang termuda setakat sekarang. Penuh keyakinan dan jelas sebutannya, adik ini dilihat peminat berbakat besar dan boleh digilap lagi.

Jom tonton video di bawah :

Memang asyik mendengar celoteh adik ini, sama tak ubah seperti Fedtri gayanya itu. Antara komen-komen peminat yang menonton video ini :

” Comelnya masya Allah, bakat muda boleh digilap ni. Jadi MC bagus ni, Fedtri junior hehe.. kena bagi sijil ni.. “

” Fuyoo bersemangat sungguh handsome boy ni. Syabas anak muda, hebatlah dik. Best intonasinya tu, pergh boleh digilap ni jadi pengacara.. “

” MasyaAllah berbakat besar adik comel, lepas ni MHI whi jgn lupa jemput. Boleh diasah bakatnya dari sekarang, pelapis masa hadapan.. “

” Wow, Jejak Rasul hanya di TV3 got me. Bijak bakat cilik ni, sangat berbakat untuk jadi pengacara. Fuhh pidato dia bagi.. “

” Berbakatnya adik ni, macam gaya Fedtri sangat. Suara tu berkeyakinan betul, kena dengan lenggok. Comel je tengok dia bercakap.. “

” Masya Allah berbakat besar adik ni. Boleh jadi pelapis Fedtri Yahya la lepas ni. Muka confident dengan senyuman memanjang, sebijik Fedtri punya gaya.. “

” Wow hebat budak ni bakatnya, TV3 ambil trus. Tahniah bakal pengganti ahmad fedtri hehe. Mantap adik ni, so talented dan boleh diasah lagi bakatnya.. “

Ramai sungguh yang memuji kehebatan adik ini, boleh jadi bintang bersinar jika bakatnya diasah lagi. Mini Fedtri in the making, tahniah adik. Semoga Fedtri terus memberikan yang terbaik untuk Jejak Rasul dan kekal unggul sebagai pengacara.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..