” Weh kenapa comel sangat tengok friendship dorang ni.. ” – Netizen

Gambar-Gambar ‘Tiga Sekawan’ Sheila Rusly, Maria Tunku Sabri Dan Sharifah Shahora Bercuti Raih Perhatian Peminat. Wahh Nampak Happy Betul Yer Masing-Masing Dapat ‘Me Time’ Bersama-Sama !!

Mesti ramai yang tahu bahawa pelakon Sheila Rusly begitu rapat bersama pelakon Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri. Malah persahabatan mereka ini juga sering kali mendapat pujian ramai kerana hubungan mereka yang terjalin begitu lama sehingga kini.

Meninjau di akaun Instagram Sharifah Shahora, telah berkongsi satu video yang memaparkan mereka bertiga telah pergi bercuti. Selain Shahora, Sheila dan Maria juga tidak ketinggalan berkongsi momen terindah itu di akaun Instagram masing-masing.

Jika dilihat pada hashtag yang dikongsikan oleh Sheila pada kapsyennya, difahamkan sudah 22 tahun mereka bertiga ini bersahabat. Gaya-gaya mereka bersama-sama bergambar dengan berpakaian sedondon ketika bercuti dilihat sangat menarik.

Selain itu, Sharifah Shahora juga berkongsi cerita indah saat mereka bersama-sama bercuti. Bagi Sharifah Shahora ia merupakan satu kenangan yang terindah dengan menghabiskan masa bersama dua sahabatnya itu. Wah memang nampak best sangat !

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Sharifah Shahora dan mereka juga mendoakan semoga persahabatan tiga sahabat ini akan terus berkekalan.

” Weh kenapa comel sangat tengok friendship dorang. Semoga terus berkekalan persahabatan Sheila, Maria dan Shahora.. “

” Perfect, kita pun baru buat BFFS shared birthday party. So awesome miliki. Bffs yg hebat mcm sis, hehe love sangat.. “

” Best nya ada bff yg setia mcm ni. Nampak happy sangat lah gambar-gambar tiga kawan ni, enjoy betul percutian kali ni.. “

” Woww lama tu bersahabat, bestnya tengok ‘me time’ dengan bff mcm ni. Nampak masing-masing masih muda lagi gitu.. “

” Comel-comel lah gambar dorang ni. Gambar pakai baju tidur tu cute lah. Moga terus bersahabat kekal hingga ke akhir hayat.. “

” Alolo baju sedondon. Bestnya tengok cara Sheila dan kawan-kawan habiskan masa bersama macam ni.. “

” Bestnya dpt kawan2 yg kepala semua masuk air. Seronok nye patut la memasing nmpk muda dr usia, still happy2 dgn bff.. “

Gaya dan m1mik muka masing-masing memang ceria betul. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak berharap semoga persahabatan antara Sheila Rusly, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora akan terus berkekalan hingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Shahora, Sheila Rusly, Maria Tunku Sabri

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..