” Wauu.. So sweet lah. Pandainya Yahaira lukis untuk daddy.. ” – Netizen

Yusry KRU Kongsi Lukisan Istimewa Yahaira Buat Dirinya. Amboi Yong, Comel Sungguh Rupa Daddy Tu. Siap Ada Love Lagi. So Cute !!

Yusry KRU bukan nama asing bagi peminat. Kisah hidupnya sering menjadi tumpuan peminat. Sejak awal penglibatannya dalam kumpulan KRU lagi, beliau menjadi tumpuan kerana wajah kacak dan ‘jambu’ yang dimilikinya.

Selain menyanyi, Yusry juga aktif sebagai pelakon dan pengarah. Mengahwini aktress cantik Lisa Surihani pada 2012, kisah cinta mereka sangat menarik dan buat peminat tersenyum andai dikenang kembali. Sweet dan romantis sehingga kini walaupun sudah mempunyai cahayamata.

Setelah 3 tahun melayari alam rumahtangga, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Yahaira Leanne pada tahun 2015. Dipanggil Yong, anak kecil ini kini sudah berusia 5 tahun. Turut sama dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Yusof Leonne.

Menerusi akaun Instagram, Yusry telah berkongsikan sekeping gambar bersama satu kapsyen yang menceritakan tentang kej0tan istimewa Yong buatnya. Melukis gambaran Yusry dengan cara dan imaginasinya yang tersendiri, lukisan Yong ini buat peminat tersenyum. Alahai sweet sangat Yong ni !

Jom baca perkongsian di bawah :

Lukisan Yong ini menarik perhatian ramai peminat. Antara komen-komen mereka :

” Yang panjang Tu rotan ke. Nice drawing yahaira . Keep it up.. “

” Wah pandainya yahaira melukis dah macam daddynya suka juga melukis potret mummynya.. “

” Kiutnye. Betul-betul macam papanya.. “

” Wauu. So sweet lah. Pandainya Yahaira lukis untuk daddy.. “

” Beautiful art..  Awwhh…. So sweet Yahaira.. “

” So sweet Yahaira & Daddy. Heart touching drawing.. “

” A halloween pic of Daddy.. ” 

” Ala.. Mesti tersenyum-senyum bila tengok lukisan tu.. Comey.. “

” Pandainya Yong.. Dia nak papa dia ingat dia.. “

Comel sungguh cara Yong memberi kenangan pada daddynya ini. Walaupun lukisan cuma ‘orang lidi’, tapi keikhlasan hati si comel ini buat hati ayahnya berbunga-bunga. Apa pun, semoga Yusry sekeluarga gembira dan bahagia selalu hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusry Abdul Halim

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..