” Wajah Aafiyah semasa Dato’ Siti umur 20 tahun.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Memakai Tudung Bersama Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai. Alahai Manis Betul Aafiyah Bila Bertudung, Ada Iras Ibu Masa Remaja !!

Anak kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Siti Aafiyah sememangnya popular di media sosial seperti ibunya. Apa sahaja perkongsian mengenai Aafiyah pastinya mencur1 perhatian ramai. Aafiyah kini semakin membesar dan sudah pun berusia 4 tahun.

Terbaru di akaun Instagram, perkongsian beberapa buah video yang memaparkan Aafiyah bersama ibunya telah meraih perhatian ramai. Apa yang menarik ialah Aafiyah mengenakan hijab seperti ibunya dan tertera di ruangan kapsyen pertanyaan sama ada Aafiyah seiras ibu atau ayahnya.

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen dan tidak kurang juga yang memuji kecomelan Aafiyah apabila bertudung. Aafiyah sememangnya ada iras ibunya terutamanya ketika ibunya di zaman remaja. Nampak sangat seiras Aafiyah ketika ini.

Aafiyah juga mewarisi wajah ayahnya terutamanya pada bahagian hidung. Kombinasi wajah ibu dan ayah Aafiyah ini menghasilkan wajah Aafiyah yang comel. Kedua-dua video yang dikongsikan ini telah menerima lebih daripada ribuan tanda suka.

Jom tonton video di bawah :

Lagi video yang dikongsikan :

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada yang menyatakan Aafiyah seiras ibu dan ada juga menyatakan Aafiyah seiras ayah. Antara komen-komen yang diberikan :

” Manisnya Aafiyah dgn ibu .. Aafiyah dh besar, dh jd kakak skrg… Hidung tu kembang kuncup ea Aafiyah.. Comell dua2.. “

” Muka Afiyah campuran ayah dan ibu Ada part nmpak ayah ada part nmpak ibu tapi lebih sikit kepada ayah.. “

” Anak ayah ni aafiyah, Muka Afwa muka dia sendiri tp ada iras abg dia maknanya ikut belah ayahnya juga.. hehe.. “

” MasyaAllah… Cantiknya anak dara sapa ni.. Apalah ibu Aafiah ni Anak ibu dan ayah la… hidong nya iras ayah.. “

” Wajah afiyah semasa Dato’ Siti umur 20 tahun.. Anak Ayah dan Ibu. Aafiyah ikut muka Ayah. Afwa ikut muka Ibu .. “

” ALahai manisnya dua dua.. Comel jer 2 beran4k ni. Rindu nk jumpa afiyah dan afwa.. Makin comel Aafiyah bila bertudung.. “

” Lawanya awak Aafiyah Ciptaan Allah Moga dikurniakan akhlak yg terpuji. Tomey aafiyah pakai tudung.. “

Kalau sudah anak ibu dan ayah, semestinya Aafiyah ada seiras untuk kedua-duanya. Sekali pandang wajah ibu, dua kali pandang wajah ayah pula kan. Bak kata pepatah, ke mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..