” Wah untungnya Fattah, bukan biasa-biasa ni.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Fattah Amin dan Fazura Menonton Filem Mat Kilau Bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Dan Tengku Permaisuri Norashikin. Wah Bertuahnya Fattah, Siap Dapat Hadiah Istimewa Daripada Sultan Selangor !!

Nampaknya kehang4tan filem Mat Kilau masih belum reda. Dalam masa 11 hari ditayangkan di pawagam, filem tersebut telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM47 juta. Malah ramai yang memuji watak pelakon-pelakon dalam filem Mat Kilau ini seperti Dato’ Adi Putra yang membawa watak Mat Kilau, Fattah Amin sebagai Awang dan Beto Kusyairy sebagai Wahid.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Fattah, telah berkongsi beberapa gambar dan video yang memaparkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin bersama Fattaf serta isterinya, Nur Fazura menonton filem Mat Kilau.

Kongsi Fattah di kapsyen, Fattah telah berterima kasih kepada Sultan Selangor kerana sudi memberikan hadiah koleksi buku-buku peribadi baginda tentang sejarah Melayu, khususnya mengenai negeri Selangor.

Perkongsian oleh Fattah itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa teruja mereka melihat Fattah dan Fazura dapat meluangkan masa bersama pasangan Diraja ini. Sehingga kini posting tersebut telah mendapat puluhan ribu tanda suka sejak dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan mereka juga telah memberikan ucapan tahniah kepada Fattah kerana berjaya membawa watak Awang dengan baik. Antara komen-komen menarik adalah :

” Wah untungnya Fattah, bukan biasa-biasa ni. Alhamdulilah terbaik Daddy Fatima.  Indah betul kata-kata Awang bila menulis, hehe.. “

” Bila Awang berkata-kata, syabas Awang, you deserved it. Semoga selepas ini akan ada lagi kejayaan Fattah dalam bidang lakonan.. “

” Woww special tu hadiah daripada Sultan buat Fattah. Tahniah Fattah berjaya bawa watak Awang dengan baik sekali.. “

” So proud, tahniah Awang. Tumpang happy tengok Fattah bersama Sultan Selangor, tak semua orang dapat macam ni tau.. “

” Pertama kali tengok Sultan filem dan meraikan pelakon, untungnya Fattah. Alhamdulillah rezeki Fattah dan Fazura.. “

” Saluteee my man Fattah Amin. Rasa padu sangat ar tengok lakonan Fattah. Kalau sebelum ni ramai je cakap Fattah ni kayu, cer g tengok Mat Kilau, baru tahu kayu ke tak Fattah hehe.. “

” Wahhhhh ready next movie ni, kisah sejarah tokoh di Negeri Selangor pulak rasanya. Tahniah Fattah a.k.a Awang.. “

Rezeki Fattah dan Fazura dapat bersama-sama dengan Sultan Selangor dan Permaisuri menonton filem Mat Kilau. Apa-apa pun, semoga Fattah akan terus maju jaya dalam bidang lakonan dan tahniah diucapkan atas kejayaan filem Mat Kilau.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattah Amin

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..