” Wah Aiman pakai bengkung kat luar.. “
Zahirah Macwilson Kongsi Gambar Romantisnya Bersama Aiman Hakim Ridza Di Perth, Namun Gaya Seluar Aiman Jadi Tumpuan. Unik Betul Gayanya !!
Tanggal 20 Februari 2020 menjadi saksi penyatuan dua jiwa di antara Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza. Merpati dua sejoli ini yang sama cantik sama padan akhirnya selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sejarah percintaan pasangan ini bermula sejak Disember 2018 lagi.
Mula menjalin hubungan rapat ketika sama-sama membintangi drama Cur1-Cur1 Cinta akhirnya membuahkan rasa cinta antara mereka. Hanya mengambil masa 6 bulan sahaja untuk mengenali hati budi masing-masing, Aiman dan Zahirah akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019.
Majlis ini diadakan di kediaman bapa Zahirah di Perth Australia. Peminat yang menyenangi hubungan mereka ini sememangnya ternanti-nanti detik untuk melihat pelakon kesayangan mereka ini disatukan. Dan akhirnya pasangan bahagia ini memilih Februari sebagai bulan bersejarah mereka.
Menerusi akaun Instagram, Zahirah Macwilson telah berkongsikan gambar-gambarnya bersama Aiman Hakim Ridza di Perth. Romantis sangat pasangan suami isterinya. Bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata namun dapat dilihat dari raut wajah pengantin baru ini. Sweet !
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen memuji kecantikan dan kekacakan pasangan ini. Antara komen-komen netizen :
” Bagai pinang dibel4h 2.. “
” Sama cantik dan sepadan moga diberkati.. “
” Cantikknya ira.. “
” Complete each other.. “
” Sama cantik sama padan.. “
” Tahniah … Both of you nice couple… Semoga bahagia sampai ke anak cucu. Amin.. “
” Happy for both of you. Perfect Couple… “
Namun ada juga pandangan mata netizen yang melihat sesuatu yang pelik dengan fesyen yang digayakan Aiman :
Alahai netizen mata memang cukup teliti. Lagi-lagi melihat artis kesayangan memang semuanya diperhati satu persatu. Fesyen menutup perut mungkin seluar Aiman tu. Itu baru dinamakan fesyen. Kerlass gituu. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan semoga berkekalan ke anak cucu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..