” Wah ada baby baru, comelnya baby.. ” – Netizen
AG Azmeer Kongsi Gambar Bayinya Yang Baru Lahir. Bukan Main Bamb4m Lagi Ya, Comel Sangat. Wahhh Dah Cukup 5 ‘Hulubalang’ AG Dan Isteri. Tahniah !!
Kebelakangan ini, kerap dikongsikan di media sosial tentang selebriti yang baru menimbang cahaya mata dan bakal mendapatkan cahaya mata. Pastinya, berita gembira ini akan dikongsi bersama peminat masing-masing. Peminat juga teruja melihat kebahagian selebriti mereka.
Awal September 2020, AG Azmeer atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat telah berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi lelakinya. Cepatnya masa berlalu, hari ini sudah 19 hari usia bayi AG. AG turut kongsikan gambar terbaru bayinya, Muhammad Aesry Athmar yang berusia 18 hari semalam. SubhanaAllah, Cute sangat.
Umum mengenali AG Azmeer adalah seorang penyampai radio dan pengacara TV yang tersohor di Malaysia. Bakatnya dalam bidang pengacaraan tidak dapat disangkal lagi. Kerap kali AG muncul sebagai pengacara di televisyen untuk acara-acara berprestij di Malaysia seperti Muzik-Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan lain-lain lagi.
Untuk rekod, AG telah mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya Mel pada 2005. Hasil perkongsian hidup bersama 15 tahun, pasangan ini telah dikurniakan 5 orang cahaya mata lelaki yang comel. AG menggambarkan kelima-lima anaknya adalah hulubalang yang bakal mengangkat jen4zah mereka nanti. Bertuahnya AG dan isteri.
Ikuti perkongsian gambar bayi lelaki AG di bawah :
Perkongsian AG mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :
” Eiiii b4mnyaaaa ger4mnyaaa.. ” – Sarancak
” Assalamualaikum baby.. Kakak ni.. ” – Haiza Hanafi
” MasyaaAllah.. Comelnyaaaaaw.. Kalau abg AG tak bgtau yg lelaki aritu, mmg dh ingaf pompuan.. “
” Wah…ada baby baru… Comelnya baby.. ger4m.. Allah comelnya.. Tahniah Ag dan isteri.. “
” Comel nyoh anak abg ag yang baru lahir ni, lelaki kew perempuan ni.. “
” Ya Allah comel nyer ank AG moga besar nanti jd ank yg baik warak bervakti pd ibu ayah amin.. Hjh sam taman molek jb.. “
” Uncle ag, ni Danial yang tolong rumah ku tu. Comellah baby temb4m.. “
Tahniah AG dan isteri, beruntung sungguh pasangan ini kerana dikurniakan 5 orang anak lelaki. Semoga baby membesar dengan sihat, dan menjadi anak soleh. Kami doakan keluarga ini diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG AG Azmeer
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..