” Waduhhhh pandai nyanyi Jowo mas Jep Sepahtu.. “

Video Jep Sepahtu Berduet Bersama Siti Nordiana Menghiburkan Hati Peminat. Sedapnya Suara Jep Ni. Rasa Nak Berjoget Sama. Single Please Jep !!

Namanya bukan biasa-biasa. Bintang seninya bersinar dan semakin meningkat naik populariti yang diraihnya dalam seni hiburan tanahair. Mohd Nadzri bin Zainal Abidin atau nama glamournya Jep Sepahtu sudah cukup popular dan terkenal sebagai pelawak di Malaysia.

Jenakanya sering membuatkan peminat tidak kering gusi. Pasti ada sahaja idea lawak yang muncul di benaknya itu yang membuatkan jenakanya itu tidak pernah jemu didengari. Jep adalah anak jati Kulai Johor dan dilahirkan pada 9 April 1985.

Memilih pelakon cantik Sari Yanti sebagai permaisuri hatinya, pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka pada 25 Februari 2017. Mahligai cinta Jep dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang comel diberi nama Dariya Inara. Kini Jep sedang menanti kelahiran cahayamata keduanya.

Menerusi akaun Instagram, Jep Sepahtu telah berkongsikan satu video rakaman lama di mana kelihatan beliau berduet bersama penyanyi Siti Nordiana ketika Konsert Komedi. Nyanyian Jep dan Nana yang serasi dan ngam ini menarik perhatian netizen. Sedap sungguh suara Jep ni.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Merepek repek kadang 😆😂

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Rata-rata netizen memuji suara dan persembahan Jep ini. Antara komen-komen netizen :

” Suka la dengar lagu ni sejak Jep dengan Nana duet dulu tuu.. “

” Bangga dengan jep.. “

” Terbaik Jep.. “

” Ashiahh shiahh jep sepahtu setiap lagu yang boss nyanyi mesti lagu jadi best and jadi kegemaran kita jiwo samo.. “

” Jep Sepahtu suara kau bro sekali dengan lawak kau .. Aku bangga sampai hari ni aku dapat tengok kau.. “

” Dah lama tahu yang Jep Sepahtu nie boleh menyanyi… Tapi tu lahhh main lebih.. “

” Waduhhhh pandai nyanyi Jowo mas Jep Sepahtu.. “

Sedap dengar duet Jep dengan Nana ni. Memang nampak enjoy je Jep nyanyi siap tergelak-gelak lagi. Kalau digilap boleh jadi penyanyi popular ni Jep. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Jep dan moga karier seni Jep semakin berkembang dan nama Jep sentiasa ada di hati peminat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jep Sepahtu, IG Sari Yanti by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..