” Ulang banyak kali, so cute lagi-lagi part panggil ‘pa pa’ aww.. ” – Netizen
Hafiz Hamidun Kongsi Video Perkembangan Terkini Anak Angkatnya, Hamdee Hafiz. Wah Dah Mula Belajar Berjalan Lah. Comel Je Part Panggil Papa Tu, Melting !!
Setahun yang lalu, penyanyi Hafiz Hamidun memaklumkan tentang dirinya yang sudahpun mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkatnya. Bayi lelaki berkenaan pada ketika itu baru sahaja berusia sebulan.
Menamakannya sebagai Hamdee Hafiz, banyak gambar Hamdee dan moment semasa menjaga Hamdee dikongsikan Hafiz di akaun sosialnya. Kini Hamdee sudahpun berusia 13 bulan dan membesar dengan sihat sekali.
Meninjau akaun Instagram Hafiz Hamidun, telah dimuatnaik satu video baru yang memaparkan gelagat Hamdee yang sedang berlatih berjalan. Hamdee yang memegang pagar sambil mengatur langkahnya nampak comel sekali.
Kedengaran juga suara Hafiz menegur Hamdee supaya berjalan elok-elok. Bersungguh-sungguh Hamdee berjalan dan walaupun dihulurkan tangan tetap Hamdee berpaut pada pagar sehingga ke hujungnya. Turut kedengaran suara si kecil ini memanggil ‘pa pa’.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Hamdee ini mendapat perhatian daripada peminat. Alahai cepat sahaja masa berlalu, sudah besar Hamdee. Antara komen-komen mereka :
” Ala comelnya dia. Tak sempat nak borak borak tadi. Mesti dah masuk setahun ni kan. Dah dapat kaki yee, siap la dia tu. Tak terkejar la bila dapat lari yer.. “
” Masha Allah, comelnya. Sebaya anak akak cuma beza bulan je. Alhamdulillah, melt1ng bila dengar panggil papa tu kan.. “
” Hamdee : pa pa.. so cute. Cepatnya Hamdee besar, makin comel. Semoga membesar menjadi anak yang soleh Hamdee.. “
” Wah seronoknya Auntie tengok Hamdee aktif berjalan. Semangat tu kental betul, tak disambut tangan papa hehe. Comel Hamdee.. “
” Dah pandai jalan, dah pandai panggil papa. Handsome boy ni dah besarlah. Hab1slah dah dapat kaki, mengejar la papanya hehe.. “
” Cepatnya dia besar, ee dah pandai jalan. Ensem boy sangat Hamdee, manis macam papa jugak. pasni ready to run pulak la.. “
” Ulang banyak kali, so cute. lagi lagi part panggil ‘pa.. pa’ aww. Comel sangat la awak ni Hamdee. Muka papa sangat, good boy.. “
Pastinya kehadiran Hamdee membuatkan kehidupan Hafiz semakin gembira dan bahagia. Lagi-lagi dengar si kecil pandai memanggil papa, berbunga-bunga lah hati. Apa pun, semoga Hamdee menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hafiz Hamidun
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..