” Uishhhh lain macam tariknya, dengan suara yang sedap.. ” – Netizen
Video Dua Jejaka Korea Cover Lagu Datuk Awie, Di Penjara Janji Buat Ramai Kagum. Wow Memang Padu Lah Suara, Hebat Lah Boleh Menyanyi Lagu Bahasa Melayu Dengan Baik. Sambil Duduk Pun P0wer Tarik Yang Part Tinggi Tu !!
Mungki ramai yang mengenali figura Korea iaitu Lee Seung Hoon dan Doo Jin Soo yang bergabung menjadi Hoondoo. Dua jejaka kacak ini sangat popular selepas mereka tular mendendangkan lagu kebangsaan negara iaitu Negaraku dengan cara tersendiri pada tahun lalu.
Terbaru, menerusi akaun Instagram Berita Kopak telah berkongsi satu video terbaru Hoondoo telah menyanyikan lagu popular Datuk Awie yang bertajuk ‘ Di Penjara Janji ‘ . Video ini diulangsiar daripada akaun Tik TOk tabah_selalu. Dalam video itu, Lee Seung Hoon dan Doo Jin Soo sedang membuat live bersama para peminat mereka.
Lagu tersebut telah dinyanyikan mereka dengan keadaan mereka bersahaja yang sedang duduk di kerusi. Perkongsian video itu telah berjaya memuk4u penonton warganet. Ada yang memuji kedua mereka mampu menyampaikan lagu dalam bahasa Melayu dengan cukup baik.
Sehingga kini, video nyanyian kedua jejaka Korea ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wow memang sedap lah dengar mereka menyanyi, part tarik tu paling padu.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai video nyanyian Hoondoo. Antara komen-komen menarik adalah :
” Uishhhh lain macam tariknya, dengan suara yang sedap. Penghayatan tu dengan muka2, memang layan betul.. “
” Woww Oppa nyanyi lagu melayu lah. Sedap lah suara, paling best tak ubah rentak lagu tu jadi bukan-bukan.. “
” Perhhhhh tinggi betul dia tarik, mau terkuc1t kalau kita yang biasa-biasa ni. Power lah boleh nyanyi lagu melayu dengan baik.. “
” Mau menang1s kumpulan Wings dengar Oppa ni nyanyi, hehe. Dia tarik, urat m1grain aku yang tiba2 cr4mp sendiri.. “
” Woww amazing, lagi berbakat dan fasih bahasa diorang eh. Ur malay pronunciation is good btw.. “
” Memang peminat Dato Awie lah, selalu cover lagu Dato Awie, hehe. Ni baru betul korea rockerss, hahaha.. “
” Omg very superb both of you. The high part is so satiffying. Plus, the pronunciation almost perfect.. “
Wow hebat, suara yang jelas dan harmoni. Semua nada tinggi dinyanyikan dengan betul, patut lah ramai yang suka dengar. Sebelum ini Hoondoo juga pernah mendendangkan lagu saduran daripada beberapa artis tempatan lain seperti Semalam oleh Aina Abdul, Malam Semakin Dingin (Spin) dan Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter).
Silakan SHARE..
Sumber : IG beritakopak, hoondoo_official
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..