” Tu emergency aid untuk kasut ke tu haha, kreatif Erra.. ” – Netizen

Gara-Gara Kasut Linda Onn Buat Hal Ketika Bermain Badminton, Gelagat Erra Fazira Membantu Linda Dapat Perhatian Peminat. Wah Serba Boleh Erra Ni, Rare Sangat Kasut Buat Macam Tu !!

Meninjau akaun Instagram Linda Onn, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan gelagat Linda bersama Erra Fazira ketika berada di gelanggang badminton. Cerita Linda, pada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan tampal kasut, bolehlah menghubungi Erra.

Rupanya kasut Linda tercabut tapaknya ketika mereka sedang bermain. Bila mana kasut terlebih lama duduk dalam almari berbanding digunakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, inilah jadinya.

Dengan menggunakan masking tape, Erra membalut dari bawah tapak ke bahagian dalam kasut Linda. Wah memang kreatif Erra ni, masking tape bolehlah janji permainan dapat diteruskan sehingga ke set terakhir ye tak.

Terdengar Linda berseloroh berbunyi ‘ g1la tak g1la lah, tak menang tak tahulah ‘ sambil ketawa. Memang meriah bila sahabat-sahabat ini berkumpul, ada sahaja peristiwa yang membuatkan semua ketawa.

Jom tonton video di bawah :

Erra turut berkongsikan gambar-gambar sepanjang mereka beriadah bersama termasuk video bersama Linda.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )

Gelagat 2 sahabat ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Rata-ratanya terhibur melihat cara Erra membantu Linda dan antara komen-komen mereka :

” Haha lama sangat tersimpan tu sis Linda, lama sangat PKP erk haha. Serba bolehlah miss Erra kita ni.. “

” Haha semangat tu kena ada. Kasut boleh tape haha, lock kasut tu Linda. Semp0ilah Erra fazira ni, win sangat dengan masking tape je jadi kerja.. “

” Terbaik, my sweetheart selalu jadi hero. Tu emergency aid untuk kasut ke tu haha. Kreatif je Erra kesayangan ni.. “

” Aduh repeat lagi main badminton, jeles weh. Kasut tercab0t tapak terus, kena jahit or beli baru dah tu. Semangat berpasukan orang panggil ni.. “

” Dari saya kecil sampai saya dah kahwin, maintain muda je semua. Kasut tercab0t tapak ke tu sis Linda haha. Nasib ada rescue team, Erra si tukang kasut haha.. “

Tentu kec0h suasana di gelanggang dengan hilai ketawa Erra dan kawan-kawannya ini. Ye jugak, dalam keadaan kecem4san, apa yang ada boleh digunapakai dan nampaknya teknik masking tape ini berguna juga.

Buat Puan Linda Onn, bolehlah usha kasut baru selepas ini haha. Kasut masking tape boleh simpan dalam gerobok buat kenangan. Semoga Erra dan semua bergembira selalu dan dikurniakan Allah nikmat kesihatan yang baik serta berpanjangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Linda Onn, Erra Fazira, Betty Banafe

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..