” Touching drama ni, pandai Azal berlakon. Tak kaku langsung, so natural.. ” – Netizen

Sedutan Video Drama Lakonan Anak Istimewa Zarina Zainuddin, Azal Raih Pujian Ramai. Jalan Cerita Dan Lakonan Yang Berkesan Menyentuh Hati Penonton Sehingga Ada Yang Menitiskan Air Mata. Mantap Lah Azal, Jadi Hero Lagi !!

Umum mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai 2 orang anak istimewa aut1sme dan salah seorang bernama Azal. Azal selalu mengikuti ibunya ini ke set penggambaran dan banyak membantu Zarina dalam urusan seharian.

Meninjau akaun Instagram Zarina Zainuddin, telah dikongsikan video yang memaparkan lakonan Azal dalam drama Kasih Dari Syurga. Drama ini ditayangkan di saluran RTM beberapa hari yang lalu hasil arahan pengarah, Riza Baharudin dan penerbit Jasmin Hamid.

Pertama kali beraksi, Azal memegang watak utama bernama Azli yang mengisahkan kisah sed1h mengenai kehidupan seorang anak yang dit1nggalkan oleh ayah kandungnya sendiri apabila ayahnya mendapat tahu anaknya anak istimewa.

Berkesan dan ternyata Azal mempunyai bakat berlakon walaupun dirinya tidak sempurna seperti orang lain. Ramai yang menonton drama ini juga memuji lakonan Azal yang bagus. Wah boleh jadi pelakon pelapis ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Zarina ini telahpun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Alhamdulillah.. rezeki azal.. awak sangat murah² rezeki.. ibu awak seorg yg kuat.. bahagia tgok azal n ibu awak.. “

” Pandai pun Azal berlakon, jalan cerita sungguh baik dan menyentuh hati. Menitis air mata tengok.. “

” Layan, pandai ek Azal berlakon. Azal memang berbakat macam ibunya jugak. Ada part Azal dan Zarina yang buat kita sed1h sangat. Tahniah Azal.. “

” Touching drama ni, pandai Azal berlakon tak kaku langsung. So natural, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi kan.. “

” Azal handsome dan berbakat, tahniah Azal dah jadi seorang pelakon. Alhamdulillah semoga terus success selalu.. “

” Bravo abang Azal, lakonan sangat bagus. Mewarisi daripada ibu dia, Next buat lagi abang Azal. Tahniah Azal dan ibu.. “

” Terbaik lakonan Azal jelas bila bercakap tahniah azal dan mummynya kasih dari syurga. tak sedar td, tiba-tiba mata berair. Entah sapa yg pot0ng bawang td.. jln cerita yg bagus. Good job Azal dan Kak Ina.. “

Langkah permulaan yang baik untuk Azal dan tidak mustahil pada masa akan datang bakal ada lagi drama lakonan Azal. Apa-apa pun, tahniah untuk Zarina kerana berjaya mendidik Azal menjadi seorang yang yakin pada diri. Terus melangkah dengan jayanya anak muda dan menjadi bintang yang bersinar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin, IG Azalazrai

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..