” Tingginya Bella, macam Dian Sastrowardoyo pula.. ” – Netizen

Teman Anak Perempuan Pergi Ke Salon, Penampilan Anak Sulung Dato. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Isabella Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Tinggi Lah Bella, Cantik Betul Dengan Rambut Baru !!

Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, perkongsian video Dr. Sheikh Muszaphar menemani dua orang anak perempuannya, Isabella dan Natasha pergi ke salon telah meraih perhatian ramai.

Walaupun sibuk, Dr. Sheikh Muszaphar tetap meluangkan masa membawa anaknya ke sebuah salon untuk mencantikkan diri. Biasalah apabila anak perempuan mula meningkat remaja, mereka pasti ingin berhias dan merasa cantik.

Bella dan Tasha mencuci dan menggunting rambut mereka di salon tersebut. Hasilnya memang sangat cantik. Penampilan Bella dan Tasha juga nampak berbeza dan lebih matang dengan gaya rambut baru mereka. Kedua-duanya nampak tersenyum lebar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 10 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Ramai memuji sikap Dr. Sheikh Muszaphar dalam melayani anak-anaknya. Nampaknya selepas ini pasti Emelia pula akan turut serta bersama kakak-kakaknya ini.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang menyatakan Bella sudah nampak tinggi dan dewasa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Pretty Bella n Tasha dan tak lama lagi Emilia… untung Doc & Doc Halina ada 3 gurl.. Semoga anak-anak Dr jdi anak yang soleh solehah penyejuk mata.. “

” Doc sentiasa ada dlm setiap aktiviti mereka.. u will be their cinta hati always.. i like the way u always be there for them.. “

” Bella macam Dian Sastro plk.. cun look different.. Isabella tinggi dah… Cepat betul masa berlalu. Follow Isabella dari baby lagi.. “

” Cantiknya anak dara berdua… Tingginya bella.. Amboi lawa rambut Bella. Pandai bergaya dah anak dara.. best anak dara bermanja diri di salon.. “

” Ahhh melting lah doc layan anak prmpuan cmni.. semoga mjadi anak2 yg solehah dan sayangi kedua ibubapanya.. Aamiin.. “

” Bellaa… look exactly teenage girl already, time flies so fast, rasa macam baru dua tiga tahun lepas dengar pasal Dr Halina’s first water birth in malaysia haha.. “

” Masing2 dh besar.. dh start rasa nak cantik2 nak hias diri Dr kena la spend time temankan anak gadis walaupun mengantuk.. “

Kanak-kanak zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Mereka kini sudah pandai untuk tampil cantik dan bergaya. Semoga Bella dan Tasha membesar menjadi anak yang berjaya dan membanggakan kedua ibubapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..