” Time ni Khuzairi takde lagi. Kak Long kawasan Mak Leha Blues.. ” – Zarina Zainuddin

Gambar Liza Abdullah Di Era 80an Dulu Jadi Tumpuan Peminat. Wahhh Dari Muda Memang Cantik Mak Leha ni. Style Tu Rugged Sungguh, Siap Baju Kartun-Kartun Lagi !!

Nama pelakon Liza Abdullah cukup sinonim dengan drama Melayu tempatan. Liza mula aktif sebagai anak seni sejak awal tahun 80-an lagi. Banyak drama, telefilem malah filem juga dijayakan Liza dan namanya kekal bertahan sehingga kini.

Drama sensasi masa kini, 7 Hari Mencintaimu 2 menjadi buah tangan Liza buat peminatnya. Diberikan tanggungjawab melakonkan watak Mak Leha, ianya berjaya dilakonkan Liza dengan penuh penghayatan dan berjaya mencur1 perhatian ramai.

Walaupun bukan sebagai watak utama, namun impaknya terhadap drama ini sangat besar. Banyak adegan menus0k hati dan buatkan peminat menang1s kerana menghayati jalan ceritanya. Mak Leha dan Pak Samad menjadi penyeri dan menambah lagi ‘perisa’ dalam drama  7HM2 ini.

Menerusi akaun Instagram Zarina Zainuddin, telah dikongsikan sekeping gambar Liza Abdullah ketika mudanya. Liza yang ketika itu berlakon untuk filem Jejaka Perasan nampak cantik dan g4ngster. Tak pernah tak cantik la Mak Leha kesayangan ramai ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

Penampilan Liza ketika itu menarik perhatian peminat. Walau pun nampak gan4s tapi tetap cantik. Antara komen-komen peminat :

” Style lah Mak Leha, baju kartun2 oooo hahaha. Kak Long kawasan betul.. “

” Mak leha mmg cun melecun masa muda… la ni pun dia cun.. “

” Mak Leha dr dulu sampai sekarang cantik. Brutal Mak Leha.. “

” Ni masa filem jejaka perasan.. cantik kak liza masa tu sampai sekarang.. “

” Caya la Mak Leha dgn rambut dia zaman remaja dgn gaya dia korng ada hahaha.. “

” Kita yg muda ni pun suka tgk muka mak leha ni .. suka citer marah mar4h syg.. lawa betul mak leha ni.. “

” Mak Leha dulu popular macam Mira Filzah tau. Jangan tak tahu, stylo gitu.. “

Memang muka Liza ni dari muda sampai sekarang tidak berubah. Nampak sentiasa muda je raut wajahnya itu. Lakonannya juga sentiasa mantap dan buat peminat terhibur. Apa pun, semoga Liza sentiasa berjaya dalam kerjaya dan terus menghiburkan penonton dengan lakonan hebatnya itu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin, IG Lizza Abdullah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..