” Tiba-tiba jadi seb4k, sed1h dengan diri sendiri.. ” – Datin Noor Kartini
Neelofa Kongsi Paparan Mesej Whatsapp Daripada Ibu Tersayang, Datin Noor Kartini Yang Begitu Menyentuh Hati. Seb4knya Luahan Hati Seorang Ibu Selepas Anaknya Mengambil Keputusan Berniqab !!
Baru-baru ini, melalui perkongsian Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali Neelofa telah memuat naik satu gambar di laman Instagramnya. Perkongsian yang telah dimuatnaik itu telah menunjukkan satu perubahan terkini yang telah dilakukan oleh Neelofa.
Pastinya perubahan yang dilakukan ini merupakan perubahan positif ke arah yang lebih baik. Neelofa telah memuatnaik satu gambar terbaru dengan memakai niqab. Perubahan itu ternyata telah membuatkan segelintir netizen di luar sana sangat gembira dan terharu dengan penghijrahannya.
Bukan itu sahaja, ibu kepada pelakon, pengacara, model serta usahawan berjaya itu, DatinĀ Noor Kartini Noor Mohamed merupakan insan pertama yang pastinya gembira melihat penghijrahannya. Ibu mana yang tidak gembira dengan perubahan ke arah kebaikan seorang anak.
Sementara itu, Neelofa juga telah memuat naik satu perkongsian di Instagram storiesnya dengan kenyataan rendah hati menyatakan agar semua orang terutamanya peminat dan netizen mendoakan penghijrahan baru yang dilakukannya. Tulisnya semoga dirinya sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh untuk melalui hari-hari yang akan datang.
Ikuti perkongsian di bawah :
Pada masa yang sama, melalui perkongsian di Instagram stories Neelofa, satu paparan perbualan whatsapp bersama ibunya telah dikongsi. Ibunya itu meluahkan rasa gembira, seb4k, serta memuji Neelofa. Datin Kartini juga menyatakan turut menerima banyak mesej yang bertanya doa apa yang diamalkan ketika mengandungkan Neelofa.
Ikuti perkongsian di bawah :
Penghijrahan baru Neelofa ini bukan sahaja dirasai oleh ibunya serta ahli keluarganya, malah netizen di luar sana turut berasa terkej0t, gembira serta sebak dengan perubahannya. Semestinya keputusan yang diambil Neelofa ini sudah berfikir sedalam-dalamnya.
Kejayaannya kini adalah salah satu sebab caranya yang mengutamakan ibu bapanya dan doa seorang ibu yang sentiasa mengiringi Neelofa. Bahkan, perubahannya itu juga menjadi inspirasi kepada netizen di luar sana untuk menutup1 dan menjaga aurat mereka dengan sebaik mungkin dan sempurna.
Pastinya penghijrahan bukanlah satu titik langkah dan keputusan yang mudah. Setiap orang memerlukan perjuangan dan kesabaran untuk melakukan perubahan. Istiqamah memainkan kunci utama yang paling penting dalam kita sentiasa meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah.
Langkah Neelofa berhijrah perlu dicontohi. Neelofa dijadikan icon wanita cantik, bijak, kaya, mahsyur, berjaya dan beragama. Apapun kami di Oh Kopak mendoakan agar Neelofa sentiasa sihat dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan untuk terus memberikan inspirasi kepada masyarakat di luar sana.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa, Noorkartini
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..