” Tiada langsung rupa Si Hakim, rupa Ean tu banyak la.. ” – Netizen

Alvin Chong Kongsi Video Bersama Pelakon Cilik Drama Popular Takdir Yang Tertulis, Isaac Iman Raih Perhatian Ramai. Comel Je Part Iman Cakap Muka Dia Macam Alvin !!

Drama Takdir Yang Tertulis baru sahaja melabuhkan tirainya semalam menggandingkan pelakon yang semakin dikenali ramai antaranya Nad Zainal, Nazim Othman, Datin, Elvina Mohamad Alvin Chong, Isaac Iman dan ramai lagi. Bersama-sama dengan aura pelakon-pelakon yang berbakat, drama ini berjaya mendapat perhatian ramai di kalangan penonton.

Terbaru, hasil perkongsian Instagram Alvin, sebuah video bersama Iman telah dimuatnaik memaparkan mereka berdua sedang duduk bersama-sama meluangkan masa. Mereka berborak santai melalui pertuturan bahasa melayu dan bahasa Inggeris.

Alvin dan Iman kelihatan sangat rapat, bukan sahaja dalam drama tetapi juga di luar pengambaraan. Hubungan yang akrab seperti ayah dan anak tidak hanya dipertontonkan ketika sesi lakonan tetapi juga di belakang tabir sehingga ramai yang suka melihat keletah dan gelagat mereka berdua.

Ada peminat mengatakan paras rupa mereka kelihatan seiras. Kedua-duanya berkulit putih dan bermata sepet. Wajah adik Iman yang seperti chinese looking sekali imbas tampak sama dengan wajah Alvin.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Gandingan mereka sangat cocok sehingga ramai netizen terbawa-bawa ke dunia realiti di luar drama. Ramai yang memuji mereka berdua kelihatan sangat cute. Antara komen-komen yang dit1nggalkan oleh peminat :

” Masih tak move on dengan ending yang sebegitu  but power at all.. comelnyeee mikaa.. Anak hakim tu, time pregnent ila asyik ingat ean je, tu kenan muka ean kat mika, huhu.. “

” Masih belum move on dgn plot twist.. Bertabah la ye semua kne t1pu.. Pen1ng mika bljr salasilah keturunan dia.. “

” Why are you two so cute My heart stopped be4ting.. Comel la papa.. tak per yg penting Mika masih sayangkan Daddy Ean dia.. “

” So cute mika.. Cute.. Alahaiii comelllnyee.. Comelnyerr.. Comelnya mika.. Mika tu berbakat besr.. Takde langsung rupe si Hakim hahaa rupe Ean tu banyak laaa.. “

” Cute la dua2 ni.. Comel nya.. Comel lah.. alvin dengan iman mcm anak branak.. Tapi alvin memang layak la jadi ayah mika sebab serasi.. Kenapa Mikha banyak Daddy hahha.. “

” Forever favourite son with daddy Cute sgt mika.. Alooo shomelll.. Hmmm takleh move on Mika bukan anak Ean.. ean still tak boleh move on kan dgn ending.. “

” You so cute iman.. still tak boleh move on dengan mika and unclee ean.. nk menang1sss ahhh.. ending semalam em em.. Omooo cute nyeee.. oh my you are adorable really beautiful.. “

Mesra betul tengok adik Iman dengan Alvin. Pastinya, gelag4t comel adik Iman di set pengambaran akan Alvin rindui. Semoga kedua-dua sentiasa dikurniakan kesihatan yang sihat serta terus sukses dalam apa jua bidang yang dilakukan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG alvinchong123

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.