” Throwback betul ni. Rindunyaaa 4U2C, suara dah matured semua.. ” – Netizen.

Turut Sama Promosi Kempen Stay At Home, Anggota Kumpulan 4U2C Bergabung Menyanyi Secara Live. Suara Yang Masih Sama Padu Dan Harmoni. 4U2C The Legend !!

Bagi anak kelahiran tahun 80-an pastinya mengenali kumpulan rap popular pada masa itu, 4U2C. Dianggotai oleh 7 orang anak muda yang berbakat dan memiliki suara yang merdu, mereka mula menubuhkan kumpulan ini pada tahun 1992.

Dianggotai oleh Mizal Zaini ( AC Mizal ), Mohamad Johari Mohamad Noor, Razlan Ramdan, Mohd Suffian Muda, Nor Azam, Raja Azrin Syah dan Fazril Harun. Popular dengan lagu Fiona, lagu ini menjadi kegil4an dan siulan ramai sehinggakan anak-anak kecil juga turut menyanyikan lagu ini.

4U2C pernah mencatat rekod apabila album pertama mereka terjual sehingga 70,000 unit. Kepopulariti yang dikecapi melayakkan mereka untuk menerima anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular 1993 dalam Anugerah Bintang Popular. Tahun 1996 menjadi tahun terakhir mereka bersama di mana album terakh1r mereka berjudul ‘Kembalilah Fiona’ dikeluarkan.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ AC Mizal telah berkongsikan satu video yang mana menggabungkan nyanyi kesemua anggota kumpulan 4U2C dengan hashtag #westayhome. Nyanyian lagu popular mereka ini ‘I Miss You’ menarik perhatian peminat.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan alunan suara mereka ini. Antara komen-komen netizen :

” Betul-betul mengamit kenangan zaman sekolah.. “

” Haritu baru je tengok BackStreet Boy nyanyi macam ni. Then harini tengok 4U2C pulak.. Betul-betul mengimbau kenangan zaman sekolah era awal 90-an. Rindunya.. “

” 4u2c miss u.. Terimbas kenangan lalu.. “

” Oh my God.. How i miss 4u2c. Legend !.. “

” Sebenarnya 4U2C ni still ade vibe dia. Aku dengar 1st to 2nd verse saje da Rasa nyaman.. “

” Lama nya tak dengar lagu ni. Memori betul weiii.. “

” Alamak bestnyaaa. Terobek ni. Memories. Rindunyaaa 4u2c !.. “

” Suara dah matured semua tak ada macam zaman dulu.. “

Mengamit memorinya. Era kegemilangan 4U2C yang tak akan dilupakan peminat. Akhirnya dapat dengar kolaborasi suara mereka bersama lagi. Tenang dan mengasyikkan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga semua anggota 4U2C sentiasa dilindungi Allah dan sihat selalu. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ AC Mizal Official  by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..