” Thank you my dear. Amin.. ” – Ryzal Jaafar

Sherry Ibrahim Muatnaik Video Kej0tan Sambutan Hari Lahir Ryzal Jaafar. Perkongsian Sherry Raih Perhatian Peminat !!

Ulang tahun kelahiran adalah hari bagi meraikan pertambahan usia seseorang. Beruntunglah sekiranya mempunyai teman baik yang meraikan hari ulang tahun kelahiran kita. Begitu yang dilakukan pelakon Sherry Ibrahim terhadap pelakon Ryzal Jaafar yang menyambut hari lahir ke – 39 pada 2.1.2021.

Meninjau ke laman Instagram milik Sherry, telah dikongsikan video kej0tan sambutan hari jadi Ryzal. Sambutan itu dibuat di sebuah restoran dan beberapa kawan-kawan mereka turut hadir untuk memeriahkan sambutan yang dibuat secara kecil-kecilan itu.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan Ryzal datang ke restoran tersebut. Ryzal kemudian duduk di meja di mana sebuah kek telah diletakkan di atasnya. Sherry dan rakan-rakan menyanyikan lagu happy birthday dan meminta Ryzal untuk meniup lilin tersebut.

Melalui kapsyen ditulis, Sherry mengucapkan selamat hari lahir kepada Ryzal dan berharap semoga hari lahir Ryzal akan seindah dan luar biasa seperti dirinya. Selain itu juga, Sherry mendoakan agar persahabatan mereka akan kekal selamanya.

Sama-sama kita tonton video di bawah :

 ( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Pastinya sambutan hari lahir pada tahun ini antara detik yang tidak boleh dilupakan oleh Ryzal. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Sherry mengucapkan selamat hari lahir kepada Ryzal. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” Happiest birthday sweetie.. happy birthday my hero.. happy birthday babe.. “

” Happy bday ryzal jaafar.. happy birthday.. tak sangka pulak ramai bday hari ini termasuk saya.. “

” Thank you my dear. Amin.. ” – Ryzal Jaafar

” Shinebright.. ” – Adeline Tsen

Beruntungnya mempunyai seorang sahabat seperti Sherry yang mengingati hari lahir teman baiknya. Walaupun sambutannya secara kecil-kecilan tapi cukup bermakna untuk orang yang menerimanya. Ryzal pasti sangat menghargai sambutan yang dibuat oleh Sherry.

Kami di Oh Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir dan selamat tahun baru kepada Ryzal. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan tahun ini membawa kebahagiaan baru, tujuan baru, pencapaian baru, dan banyak inspirasi baru dalam hidup anda.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sherry Ibrahim, Ryzal Jaafar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..