” Terubat rindu pada Sharifah Haslinda, masih terserlah ayunya.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Video Bersama Kakaknya, Sharifah Haslinda. Penampilan Terbaru Lynn Raih Tumpuan Peminat. Wahhh Semakin Cantik Dan Manis Lynn Sekarang !!

Bagi peminat dunia seni, pastinya mengetahui bahawa pengacara, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah merupakan adik kepada Sharifah Haslinda atau lebih dikenali dengan panggilan Lynn. Hubungan mereka adik beradik juga sangat akrab dan mereka mempunyai satu persamaan iaitu perangai yang happy go lucky.

Bagi peminat dunia hiburan, pastinya mengetahui sejarah seni Lynn suatu masa dahulu. Pengacara yang terkenal dengan rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan ini juga digelar Julia Robert Malaysia kerana wajah dan gaya rambutnya pada ketika itu.

Meninjau akaun Instagram Shiera Ijoy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shiera sedang berkaraoke bersama Lynn. Mereka yang mendendangkan lagu popular zaman 90-an kelihatan amat mesra dan keakraban mereka terserlah.

Sedang Shiera seronok menyanyi, sempat lagi Lynn mengoyang-goyangkan kepala adiknya itu. Perangai Lynn masih sama seperti dahulu, tetap menghiburkan. Raut wajah Lynn juga nampak berseri-seri malah bertambah cantik dengan imej berhijab. Nampak wet muda betullah Lynn ni.

Jom tonton video di bawah :

Hasil tinjauan di akaun Instagram Lynn sendiri, terserlah keayuannya dengan penampilannya yang sopan dan jauh berbeza daripada dahulu.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

I love suasana kampung 🤍 MasyaAllah #masakkankampung

A post shared by Sharifah Lynn Alkhaired (@dapur.lynn.alkhaired) on

Wajah terkini Lynn ini mencur1 perhatian netizen. Semakin anggun dan manis Lynn sekarang dengan imej berhijab. Antara komen-komen netizen :

” Suka tengok Sharifah Lynn pakai mcm ni nampak sungguh elegant, ada gaya tersendiri.. “

” MashaAlllah cantik sgt ni. I love to see your face Kak.. Very demure.. “

” Lynn masa zaman2 dulu julia roberts malaysia.. “

” Terubat rindu kat sharifah Haslinda ,masih terserlah ayunya.. “

” Lama tk tgk lynn, semakin cantik sekarang.. “

” Lama tak tgk kak lynn. tetiba teringat zaman sinaran pasport kegemilangan dulu.. “

” Masih cantik sharifah haslinda, sama macam dulu malah lagi tambah cantiknya.. “

Sememangnya Lynn mempunyai kecantikan dan auranya yang tersendiri. Semakin berusia, semakin berseri-seri dan jelita wajahnya ini. Semoga Lynn sentiasa di bawah rahmat Allah, dikurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Lyn Alkhaired, IG Shiera Al-Khaired

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..