” Terpaling melet0p, nampak seperti usia 30 an.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sambutan Hari Lahir Rozita Che Wan Bertemakan Gold. Wah, Tak Pernah Tak Melet0p Gaya Che Ta. Serius Lah Umur Tu Che Ta. Kena Sangat Tema Warna Dengan Usia Che Ta. Tapi Che Ta Tetap Maintain Awet Muda !!

Tanggal 9 Mac merupakan ulangtahun kelahiran Rozita Che Wan. Tahun ini genap usia Che Ta 50 tahun dan meninjau ke akaun Instagram, beberapa gambar dan video sambutan hari lahir Che Ta ada dikongsikan.

Bertemakan warna gold, Che Ta mengenakan pakaian berwarna gold sedondon dengan belon-belon serta dekorasi hari lahirnya itu. Tidak ketinggalan juga kek hari lahir Che Ta yang mempunyai warna gold dan putih.

Che Ta turut menulis di ruangan kapsyennya yang berbunyi ‘ old is gold ‘, ia merujuk kepada usia 50 tahun yang sudah menginjak ke usia emas. Apa pun penampilan Che Ta tetap nampak maintain muda seperti usia 30 an sahaja.

Penampilan Che Ta yang sentiasa cantik dan mengenakan pakaian yang menawan sering mencur1 perhatian ramai. Seperti selalu, pastinya pakaian Che Ta mempunyai ropol-ropol atau pun berbulu. Tak penat ke jadi cantik Che Ta, hehe.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan hari lahir buat Che Ta. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Happy birthday manusia cantik , May Allah bless you always with good health and wealth .. Cantik sangat la che ta… meh inai sekotak.. “

” Tudiaaaaaa,bday ka… Pibeday che ta… nnti kita pekena bubuq naaa… semoga teruih success, melet0p, sentiasa dirahmati Allah swt.. “

” Happy Birthday Che ta beautiful n wonderful gold, u never look old alwys look happy n lovely.. Semoga dipanjangkan usia, murah rezeki & happy2 selalu.. “

” Selamat hari lahir panjang umur murah rezeki.. Terpaling meletop . Love you always Happy birthday rozitachewan1 . Semoga allah lindungi sentiasa.. “

” 50 tahun, tapi masih nampak seperti 30-an.. Rajin.. Cantik dan berjaya… Happy Birthdayy kak.. Semoga terus suksess, sihat dan panjang umur.. “

” Happy birthday kakak terpaling anggun nan jelita. Moga sentiasa dimurahkan rezeki & sihat selalu.. “

” Laa birthday kaaa..happy birthday semoga permudahkan selalu urusan dunia akhirat.. Love golden2 itewwww hehehe.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Rozita Che Wan. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa berbahagia bersama orang-orang tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..