“ Terima kasih, semoga bahagia sentiasa Ustaz Wan dan isteri.. ” – Netizen
Da’i Wan Dazrin Kongsi Gambar Sambutan Ulang Tahun Perkahwinannya Bersama Isteri. Walaupun Sederhana Dan Ringkas Tetapi Tetap Nampak Sweet !!
Da’i Wan Dazrin merupakan seorang penceramah bebas yang dikenali ramai. Bukan sahaja bergelar seorang pendakwah dan pengacara, Da’i Wan juga seorang penulis buku yang berbakat dan sentiasa berkongsi ilmu keagamaan bersama peminat dan para pembaca.
Melihat ke akaun Instagram Da’i Wan, satu perkongsian daripada Da’i Wan sempena hari ulang tahun perkahwinannya telah dimuatnaik. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Da’i Wan dan isteri duduk dalam satu meja yang dihiasi secara ringkas tetapi tetap kelihatan cantik.
Selain membuat ucapan dan doa untuk kesejahteraaan isteri dan rumah tangganya, Da’i Wan juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mengikuti dan mendoakannya selama ini.
Pasangan suami isteri ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka tersebut di sebuah restaurant. Dekorasi meja makan yang sederhana dengan bunga, lilin dan belon yang tersusun kemas. Nampak begitu sweet sekali Da’i wan dan isteri menyambut ulangtahun perkahwinan mereka.
Jom ikuti perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Gambar ulang tahun perkahwinan Da’i Wan dan isteri tersebut telah meraih banyak tanda suka dan rata-rata netizen mendoakan usia perkahwinan mereka bersama kekal hingga ke akhirnya. Antara komen-komen peminat :
“ Aminn, happy anniversary ustaz.. semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya.. Eh macam kt chortiez perlis ja.. BarakAllahufikum.. amin dai & dr.. ”
“ Alhamdulillah.. our love for dai wan family always.. kerana Allah.. terima kasihhh.. Semoga bahagia sentiasa ustaz wan & isteri.. ”
“ Aamiin.. Alhamdulillah.. Barakallah.. happy anniversary ustaz n wife.. Beutifulll.. Laa. Awat tak habaq.. Kenai la Dr siddqi abidinhehe.. ”
“ Semoga berbahagia hingga ke syurga, aaminn, kirim salam kat alisa ye hehehe.. ni chortiez ni kan hehehe makan western.. Happy Anniversary Ustaz dan isteri.. ”
“ Ma sha Allah.. semoga bahagia kekal sehingga ke syurga.. Happy anniversary adk n sahabat buku ku.. patut tngok dari jauh mcam nk kenal tadi.. rupanya dai.. dai wan asal Perlis ka.. ”
“ BarakAllahufikum.. izinkan sy save post ni ustaz.. caption nii sungguh bermakna utk saya.. penuh dgn penghayatan.. Alhamdulillah.. hepy anniversary both of you.. ”
“ Happy Anniversary to wandazrin dan isteri.. Semoga kekal hingga ke Jannah.. Salam dari saya dari🇸🇬.. Aamiin Aamiin.. ”
Sweet betul Dai Wan, siap beri bunga lagi buat isteri tercinta. Meraikan hari anniversary merupakan satu kenangan manis kita menghargai pasangan sepanjang hidup bersama. Semoga Da’i Wan dan isteri sentiasa sihat dan bahtera perkahwinan yang dibina kekal hingga akhirnya.
Silakan SHARE..
Sumber: IG wandazrin
Artikel ini disediakan oleh Oh Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..