” Terima kasih penjelasan Cik Man ni, sangat bermanfaat.. “- Netizen

Pers0alan Gabung Puasa Ganti Dengan Puasa Sunat Syawal. Ini Respon Daripada PU Azman. Terbaik Cik Man, Win Sangat Ayat Last Tu !!

Siapa tidak mengenali akan pendakwah bebas, PU Azman atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ Cik Man’. Keperibadiannya yang bersahaja serta membuat humor dalam penyampaian ilmu agama seringkali membuat ramai terhibur.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Cik Man telah menjawab persoalan tberkenaan gabung puasa ganti dengan puasa sunat syawal. Video dan juga posting Cik Man itu telah menjelaskan secara ringkas dan mudah difahami oleh orang ramai.

Menurut Cik Man pada videonya, persoalan mengenai gabung puasa ganti dan puasa sunat syawal ini sebenarnya adalah persoalan perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ada ulama yang tidak membolehkan dan ada ulama yang membolehkan gabungan puasa tersebut.

Penjelasan Cik Man, yang terbaiknya adalah asingkan puasa tersebut. Buatlah puasa ganti dahulu barulah membuat puasa sunat jika mempunyai ruang waktu. Hal ini kerana, lagi banyak amalan kita buat, lagi banyak kita mendapat pahala.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut berterima kasih akan penerangan oleh Cik Man dan mereka juga turut terhibur membaca ayat terakhir pada posting tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :

” Terima kasih atas penjelasan puasa ganti dn puasa Sunat 6 Syawal itu Cik Man, kelakar betul baca ayat last tu, hahaha.. “

” Ketawa aku baca ayat bawah tu, ad0i kelakar betul. Tapi terbaik, ramai yang mungkin tak tahu dan tak faham mengenai hal ini.. “

” Terima kasih atas perkongsian dan penjelasan yang sangat  bermanfaat. Dalam masa yang sama, turut terhibur.. “

” Baru baca majalah wanita ke apa tak igt kata tak boleh, terima kasih penjelasan Cik Man ni, sangat bermanfaat.. “

” Betul tu, saya buat puasa ganti dahulu, baru buat puasa sunat. Terima kasih Cik Man, sangat jelas penjelasan oleh Cik Man.. “

” Clear Cik Man, tq, sebenarnya saya pun pada awal tak tahu hal ini, sekarang Alhamdulillah, sama-sama kita share hal yang sangat bermanfaat.. “

” Paham Cik Man, terima kasih, ayat last memang padu, huhu baru rasa insaf, selamat hari raya Cik Man.. “

Alhamdulillah, perkongsian yang sangat baik dan bagus untuk kita semua tahu. Semoga perkongsian ini dapat kita fahami dan belajari lagi akan hal dan hukum agama. Terima kasih PU Azman atas perkongsian yang memang terbaik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..