” Terharu pula kita dengar kata-kata Hazama tu.. ” – Netizen

Video Hazama Berikan Kata-Kata Semangat Kepada Usop Untuk Konsert Big Stage  2020 Buat Ramai Terharu.  Terbaik Sifu !!

Usop yang namanya tidak asing lagi dalam bidang nyanyian. Malah kini dia juga merupakan salah seorang peserta dalam pertandingan nyanyian iaitu ‘ Big Stage ‘ musim 3. Boleh dikatakan setiap minggu, lagu yang dibawakan oleh Usop dalam pertandingan tersebut sering mendapat pujian daripada pihak juri.

Siapa sangka, tuah anak kelahiran negeri jelapang padi ini, yang pada mulanya mengorak langkah apabila mencuba nasib menyertai pertandingan nyanyian program Mentor Milenia pada tahun 2017 dan sekaligus telah dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan tersebut.

Memiliki suara yang unik dan serak-serak basah, Usop dilihat seorang yang mempunyai auranya yang tersendiri. Meskipun namanya sudah dikenali, Usop tetap ingin mencuba nasib dan mengasah lagi bakatnya nyayiannya dan mengambil keputusan untuk menyertai Big Stage 2020.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram usopmaniaofficial telah berkongsi satu video yang memaparkan penyanyi Hazama telah memberikan kata-kata semangat buat bekas protegenya iaitu Usop yang telah berjaya mara ke peringkat final.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Kata-kata semangat oleh Hazama buat Usop itu turut mendapat perhatian ramai. Malah, hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu akan perkongsian kata-kata Hazama buat Usop itu dan mereka juga turut tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat terhadapan Usop. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alahhhh suwitnyaaa asal kita lah pulak rasa terharu… Hazama knws him best. Dgr tu Sop u can do this.. ” 

” 4duhhh… Aku plk yg terharu.. “

” Masuk… Memang berharap sungguh laa Usop dpt kata ii semangat drp sifu dia nih.. “

” Wow, kata-kata semangat dri sifu.. Buat betul-betul tau Ahad ni.. Bg semua org terasa dgn nyanyian Usop.. Kmi yakin Usop bole buat yg terbaik, tanamkn kata-kata semangat dri sifu dlm hati.. InsyaaAllah Usop pasti menang.. “

” Ahirnya sifu dia mai dah.. Sop, ingat nah, buat yang terbaik.. Yg paling ikhlas Sop.. “

” Terimksih Sifu… Info mb4kar semangat adik kita Ucop… Insyaallah.. “

Wahh bila sifu dah bersuara, memang terbaik kata-kata semangat daripada Hazama buat Usop tu. Mungkin dengan kata-kata itu, membuatkan lagi Usop akan terus bersemangat dalam mengejar kejayaannya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengharapkan semoga Usop akan berjaya nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Usop Mania Official, Usop Official

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..