” Tak pernah lagi nampak artis pakai baju kurung dalam kapal mewah.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Percutian Intan Ladyana, Harris Alif Dan Anak Mereka, Evie Khadeeja Di Atas Cruise Raih Perhatian Ramai. Cantik Dan Sopan Penampilan Intan, Evie Pun Comel Sangat !!

Meninjau ke akaun Instagram, beberapa gambar percutian Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif telah dikongsikan. Kedua-duanya berkongsi gambar percutian mereka menaiki kapal persiaran mewah di akaun Instagram masing-masing.

Pasangan ini turut membawa anak mereka iaitu Evie Khadeeja yang kini sudah berusia 10 bulan. Keluarga kecil ini menaiki kapal Resort World Cruise dan turut singgah di Singapura. Harris ada berkongsi beberapa keping gambar ketika mereka di sana.

Penampilan Intan yang mengenakan hijab pada percutian kali ini telah meraih perhatian ramai. Tambahan pula pakaian yang dikenakan oleh Intan juga nampak sangat sopan dan cantik-cantik belaka. Ia menampakkan Intan bertambah manis.

Evie juga sangat comel dan dapat dilihat kesemua gambar keluarga ini sangat sempurna kerana Evie sangat memberi kerjasama yang baik dalam gambar-gambarnya. Kesemua gambar Evie memandang ke arah kamera.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Lagi perkongsian :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Ramai yang memuji penampilan Intan yang cukup manis bertudung. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Alhamdulliah setakat ni tak pernah lgi saya nampak artis pakaai baju kurung dlm kapal mewah. alhamdulliah.. “

” Intan bertudung bertambah2 cantik MashaAllah.. nampak muda remaja dengan hijab..  si kecik tu muka ayah betui.. comel.. “

” Manisnya kakak.. C0py paste btol muka bapaknya.. MashaaAllah.. Doakan sy dpt merasa ad baby jgak.. “

” Cantik sangat bertudung.. Family yg cantik2.. tkda nak perhatian ka apa..alhamdulillah sederhana lebih baik kan.. “

” Cantiknya dan baby pun cantik sama.. muka bapak diambil baby.. comel.. cantik sangat intan bertudung.. teruskan.. “

” Alhamdulillah syukur semoga istiqamah berhijab,I doakan semoga rezeki bertambah murah berlimbah ruah,kesihatan yg baik Keluarga bahagia hingga ke akhir hayat jannah Aamiin3.. “

” Allahu, comelnya kamu orang.. Evie khadeeja datang singapura marina Bay,sand tak blang auntie, nak jumpa Evie nak Kasi hadiah.. “

” Alhamdulillah.. suka tgk keluarga ini..smoga berbahagia hingga ke jannah..dan istiqomah dlm berhijab .. “

Kami di Oh Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Intan Ladyana, Harris Alif dan Evie Khadeeja. Semoga keluarga ini terus bahagia dan berkekalan hingga ke jannah serta dikurniakan lagi zuriat yang comel-comel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Intan Salleh, Newborn.heartsh0tfocus

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..