” Tak pasal pasal member jadi Tokram, haha.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Membantu Ebby Yus Dalam Sepahtu Reunion Buat Penonton Terhibur. Ad0i Jep, Buat Semua Ketawa Besar. Gaya Conduct Muzik Tu Boleh Law4n Dato’ Ramli MS Lah, Haha !!

Sepahtu Reunion Live 2022 dinanti-nantikan oleh penonton pada setiap minggu. Gandingan Jep Sepahtu, Ebby Yus, Pak Ya dan Issey Fazlisham pada minggu ini nyata menghiburkan. Minggu ini juga menampilkan Tomok sebagai cameo dan Che Puan Syamim Farid sebagai tetamu jemputan.

Meninjau akaun Instagram Zon Lawak, telah dikongsikan kejadian yang berlaku ketika rancangan ini sedang berlangsung. Seperti biasa, pembukaan Sepahtu Reunion akan dimulai dengan nyanyian dan kali ini giliran Ebby Yus menyanyi.

Menyanyikan lagu Istana Menanti, gelagat Jep membantu Ebby menyanyi dengan menjadi konduktor muzik membuatkan penonton di dewan tergelak. Berdiri di barisan hadapan bersama penonton, penuh gaya Jep conduct Ebby.

Beginilah sahabat, susah senang bersama. Barulah mudah untuk Ebby tahu apabila waktu yang betul untuk mula menyanyi kalau tidak lagu tak seiring dengan muzik jadinya. Jep Jep, kalau tak lawak memang tak sah, setiap minggu ada sahaja telatahnya.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian ini telahpun meraih lebih 2700 tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Kalau tak kelakar, tak berdekah dengan memek muka segitu tak jep la kan haha.. Cute jek Jep jadi hype man haha.. “

” Awal-awal dah berdekah, nyanyi istana menanti, aku pun menanti jugak cue tu haha. Tak pasal pasal member jadi Tokram.. “

” Haha Jep ni tak pernah tak lawak, Tok Ram in the making haha. Bkn orchestra jer pakai conductor, nyanyi pon pakai conductor.. terbaeekk.. “

” Macam show budak tadika kan ada cikgu guide dekat depan hahaha.. comel lah Jep ni. Dah macam Tok Ram pulak Jep dekat situ haha.. “

” Bong0klah haha, lawak Jep ni. Cute nah abang Jep, best tengok Sepahtu Reunion buat persembahan. Semoga dimudahkan urusan.. “

” Haha ni betul-betul support member, memang betul-betul lawak ni haha. Terbaiklah Jep.. “

” Padulah minggu ni punya punchline sedap-sedap. Artis jemputan pun lawa dan function dengan jalan cerita.. “

Jep Jep, lawak betul gaya tu, penyelamat Ebby minggu ini dan Ebby juga mengucapkan terima kasih untuk bantuan Jep itu. Semoga Sepahtu Reunion Live terus menghiburkan penonton di auditorium dan di rumah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zon Lawak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..